Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIGP: Proses pengurusan jenazah mangsa giat dijalankan

    IGP: Proses pengurusan jenazah mangsa giat dijalankan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Proses pengurusan mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam semalam, kini giat dijalankan bagi membolehkan waris menuntut jenazah ahli keluarga masing-masing dengan segera.

    Memasuki hari kedua siasatan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata proses yang melibatkan pengecaman ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada cebisan mayat itu dijangka selesai seawal Isnin ini dan sebanyak 22 waris telah diambil sampel DNA untuk dipadankan.

    Ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hari ini, Razarudin berkata proses yang dilaksanakan di Jabatan Forensik, HTAR itu memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan kerana melibatkan pemadanan DNA terhadap kira-kira 200 cebisan mayat.

    Sehingga berita ini ditulis, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan masih bermesyuarat di Jabatan Forensik HTAR bagi mengetahui status dan perkembangan terkini proses pengecaman identiti mangsa nahas itu.
    [insert image]

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menziarahi keluarga mangsa di pekarangan Jabatan Forensik HTAR petang tadi memaklumkan proses bezah siasat dan pengesanan ujian DNA terhadap 10 mangsa yang terkorban itu akan dipercepat bagi memudahkan pengurusan jenazah.

    Anwar turut menyatakan pendirian kerajaan untuk menyediakan bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa bagi meringankan beban keluarga, terutamanya mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

    Turut menziarahi waris dan keluarga mangsa di HTAR ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
    [insert image]

    Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata alat perakam suara kokpit (CVR) pesawat malang itu telah dihantar ke Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) awal pagi tadi untuk dianalisis.

    ALSO READ:  Rugby-Four-try England ease to 24-12 win over New Zealand

    BSKU, yang merupakan biro di bawah kementerian itu, telah diarahkan untuk menjalankan siasatan segera dan terperinci sebelum hasil siasatan diumumkan secepat mungkin.

    Bekas Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dalam temu bual di Bernama Radio berkata tempoh siasatan CVR itu dijangka mengambil selama seminggu jika tiada kerosakan dalaman pada kotak hitam pesawat itu.

    Dalam pada itu, laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) yang ditutup berikutan nahas itu semalam, dibuka semula kepada pengguna lebuh raya sejak 3.40 petang tadi.
    [insert image]

    Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan laluan yang dibuka semula melibatkan laluan masuk dari Shah Alam ke Elmina barat, dan laluan masuk ke Elmina timur dari Rawang, termasuk susur keluar ke Shah Alam.

    Namun, satu daripada dua lorong jalan dari Elmina barat ke Rawang masih ditutup untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan di tempat kejadian.

    Semalam, 10 lelaki terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat, manakala dua orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu e-hailing yang melalui tempat kejadian, disahkan maut apabila pesawat dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts