Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIGP ucap takziah pada keluarga Hanif Omar

    IGP ucap takziah pada keluarga Hanif Omar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi tadi.

    “Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

    Razarudin berkata Allahyarham merupakan KPN keempat dan memegang jawatan itu selama 20 tahun bermula 1974 sebelum bersara pada Jan 1994.

    Menerusi hantaran itu, beliau berkata Mohammed Hanif, 85, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang dan anaknya Abdul Rahmat Omar mengesahkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 pagi di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

    Jenazah difahamkan akan dibawa ke Masjid Negara dan dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat zuhur hari ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts