Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesIkim jawab isu M'sia bukan negara Madani

    Ikim jawab isu M’sia bukan negara Madani

    -

    Shopee CNY Sale
    Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) mengajak orang ramai memahami konsep dan falsafah sebenar gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Ketua Pengarah Ikim Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai isu Malaysia bukan negara Madani.

    “Oleh yang demikian, dakwaan yang mempersoalkan falsafah gagasan Malaysia Madani ini perlu diperbetulkan semula dan dihayati bersama.

    “Ayuhlah kita bersama-sama pimpinan kerajaan hari ini untuk memahami dasar dan falsafah Malaysia Madani yang sebenar serta bersatu hati ke arah mencapai masyarakat majmuk Malaysia Madani yang harmoni dan bersatu padu,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Menurut Mohamed Azam, Malaysia Madani merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan pentadbiran lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.

    “Jika diteliti, gagasan Malaysia Madani ini juga berasaskan konsep negara Madinah yang mana Rasulullah SAW berjaya menyatupadukan warga Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum bukan sahaja sesama umat Islam (muhajirin dan ansar), bahkan juga dengan bukan Islam (Yahudi) melalui Piagam Madinah sebagai satu bangsa (one nation).

    Madani bukanlah konsep yang baru diperkenalkan oleh Anwar İbrahim. la telah bermula ketika beliau menjawat timbalan perdana Menteri Malaysia (1993-1998) dan sentiasa disebut dalam pelbagai ucapan di persidangan nasional mahupun antarabangsa sepanjang beliau bergiat sebagai aktivis sosial dan ahli politik,” katanya lagi.

    Pembangkang sering mempertikaikan gagasan Malaysia Madani yang dipelopori Anwar, dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang membandingkan konsep madani oleh Rasulullah SAW dengan Malaysia Madani yang dibawa Pakatan Harapan (PH).

    “Bukan madani pada jenama sahaja, yang bergelumang dengan penipuan, mungkir janji, kezaliman, rasuah, maksiat dan berbagai-bagai salah laku,” dakwa Abdul Hadi pada 21 Julai lalu.

    ALSO READ:  Two dead, thousands homeless in Chile after heavy rains

    Sementara itu, Mohamed Azam berkata gagasan Malaysia Madani sepertimana wawasan perdana Menteri terdahulu “Wawasan 2020, Islam Hadhari, 1 Malaysia dan Keluarga Malaysia” diperkenalkan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa berbilang kaum dan agama yang membangun dan harmoni.

    Untuk rekod, Konsep Malaysia Madani menjadi dasar kerajaan baru selepas kali pertama disebut sebagai tema majlis dialog Belanjawan 2023 bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 18 Januari lalu.

    Sejak itu, sebagaimana slogan kerajaan sebelum ini diterjemah, disebar dan dizahirkan dalam pelbagai dasar dan program kerajaan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts