Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIklan RM500 juta: Anwar bohong, berniat jahat - Muhyiddin

    Iklan RM500 juta: Anwar bohong, berniat jahat – Muhyiddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menolak dakwaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa kerajaan yang dipimpin olehnya sebelum ini telah membelanjakan RM500 juta untuk iklan promosi dan publisiti sebagai pembohongan serta dengan niat jahat.

    “Saya ingin menegaskan bahawa ini adalah satu pembohongan kerana jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali di Dewan Rakyat pada 14 Februari 2023 telah menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional hanya membelanjakan RM181,752.20 untuk penjenamaan.

    “Manakala Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar yang tidak sampai setahun berkuasa pada masa itu telah membelanjakan sebanyak RM489,216,” kata Ahli Parlimen Pagoh dalam satu kenyataan hari ini.

    Untuk catatan, Armizan dalam jawapannya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan inisiatif berkaitan Covid-19.

    Semalam, Anwar memberitahu Dewan Rakyat semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob telah membelanjakan RM500 juta untuk publisiti serta RM200 juta untuk kontrak pengiklanan antara tahun 2020 hingga 2022.

    “Sejak tahun 2020 sehingga 2022, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM700 juta untuk iklan promosi dan publisiti. Ini bermakna sebanyak RM500 juta telah dibelanjakan semasa YB Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan selebihnya oleh YB Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob),” kata Anwar.

    Anwar turut menyatakan bahawa kebanyakan perbelanjaan publisiti dibuat di bawah perbelanjaan Pejabat Perdana Menteri dengan jumlah yang besar disalurkan untuk mempromosikan kedua-dua perdana Menteri tersebut.

    Mengulas lanjut, Muhyiddin mendakwa kenyataan Anwar tidak munasabah dan bercanggah dengan kenyataan Menteri di parlimen.

    “Saya mentadbir negara ketika Covid-19 melanda. Seingat saya penggunaan papan iklan besar, televisyen dan radio pada masa itu adalah untuk menyampaikan pesanan-pesanan mengenai bahaya Covid-19, maklumat berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi dan bantuan untuk rakyat.

    ALSO READ:  AIM menang anugerah kewangan Islam global

    “Walaupun pada awal tahun ini iaitu 29 April lalu, Anwar berjanji “tidak akan membazirkan wang negara” dengan memasang papan iklan besar namun lihatlah hari ini, billboard gergasi Madani terpampang di merata-rata tempat, di mana-mana sahaja.

    “Justeru kenyataan Anwar yang memetik sejumlah angka sebegitu besar kononnya dibelanjakan oleh Kerajaan pimpinan saya untuk tujuan promosi adalah satu tuduhan palsu bagi memburuk-burukkan imej Perikatan Nasional di mata rakyat.

    “Perbuatan menuduh secara semberono merupakan satu lagi episod pembohongan Anwar yang jelas berniat jahat,” ujarnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts