Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIlham: Pengunduran Zahid takkan selesaikan masalah Umno

    Ilham: Pengunduran Zahid takkan selesaikan masalah Umno

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sejumlah besar penyokong BN mengambil sikap berkecuali atau enggan mengundi gabungan itu kerana rasa tidak berpuas hati terhadap Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, menurut badan pemikir, Ilham Centre. Bagaimanapun, menurut felo penyelidik Ilham, Mujibu Abd Muis, pengunduran Zahid tidak mungkin mengubah keadaan kerana masalah sistemik yang berlaku dalam Umno memerlukan perubahan besar-besaran.

    “Kita kena bagi konteks apakah dengan presiden (meletakkan jawatan) akan selesaikan masalah. Kalau nak selesai masalah Umno ini untuk jangka masa pendek, ya boleh dikatakan mungkin selesai. Tetapi adakah akan menyelesaikan masalah Umno jangka panjang? Tidak. Kerana Umno ini (memiliki) masalah sistematik, mula dari atas sampai ke bawah. Ia seperti mana yang dikatakan oleh akar umbi, perubahan Umno secara besar-besaran bukan secara kepimpinan tetapi hala tuju dan falsafah Umno, ia compatible dengan semasa. Dalam situasi sekarang, cara terbaik untuk memulihkan Umno adalah dari akar umbinya sendiri yang sudah tak yakin dengan Umno,” katanya.

    Mujibu berkata demikian pada forum Ilham Centre bertajuk “Pilihan raya 6 Negeri: Apa Telah terjadi?” yang turut menampilkan pengarah eksekutif badan pemikir itu Hisomudin Bakar dan ketua penyelidiknya, Mohd Yusri Ibrahim.

    Gesaan supaya Zahid berundur dibuat berikutan pencapaian buruk BN pada pilihan raya Negeri lalu selepas hanya memperoleh 19 kerusi DUN daripada 108 yang ditandinginya di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, selain gagal mendapat sebarang kerusi di Terengganu dan Kedah. Tinjauan Ilham baru-baru ini mendapati pengundi BN dan Umno mengambil sikap berkecuali dan beralih sokongan kepada Perikatan Nasional berikutan kerjasama parti itu dengan DAP dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Selain itu mereka juga dikatakan tidak berpuas hati terhadap pengundian Umno sebelum yang didakwa dicemari unsur sabotaj. Hisomudin yang membentangkan laporan tinjauan itu juga berkata BN dan Umno hilang sokongan dalam kalangan pengundi muda Melayu, peneroka Felda, penduduk luar bandar dan penjawat awam.

    ALSO READ:  Ukraine destroyed arsenal in Russia's Tver region, Kyiv security source says

    Mengulas lanjut mengenai penjawat awam yang kini memilih mengundi PN berbanding kerajaan semasa, Hisomudin berkata mereka menghadapi kesukaran untuk “mengubah rejim”.

    “Berdasarkan temu bual kami, satunya adalah perubahan regim. BN kepada PN, PN kepada PH dan Kerajaan Perpaduan. Kelompok penjawat awam terperanangkap ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin,” uajranya.

    Paling menarik, katanya, golongan guru yang dahulu menyokong Umno BN kini beralih kepada PN. “Guru-guru dahulu secara terbuka menyokong BN tetapi sekarang ini dah jadi penyokong PAS PN. “Dalam temu bual bertemu guru-guru di sekolah, mereka mengakui suka YB Menteri pendidikan tetapi menyokong PN,” jelasnya.

    Kaji selidik yang dilakukan Ilham merangkumi 2,416 responden dalam siri pertamanya, yang dijalankan dari 11 Julai hingga 27 Julai dan 2,304 responden dalam fasa terakhir dari 29 Julai hingga 8 Ogos di semua enam Negeri. Sebanyak 16.5 peratus responden mengundi di Negeri Sembilan, 16.7 peratus di Selangor, 16.6 peratus di Terengganu, 16.6 peratus di Kelantan, 16.6 peratus di Pulau Pinang dan 17.1 peratus di Kedah. Tinjauan itu melibatkan responden dalam pelbagai kumpulan umur dengan 11 peratus berumur 18-20 tahun, 22 peratus berumur 21-29, 21 peratus berumur 30-39, 18 peratus berumur 40-49, 16 peratus dalam lingkungan 50-59, dan 13 peratus berumur 60 tahun ke atas.

    Tinjauan itu juga mendapati Anwar mendapat sokongan sebanyak 42 peratus dalam kalangan responden dari enam Negeri. Masyarakat Cina memberikan sokongan yang lebih tinggi terhadap Anwar iaitu sebanyak 88 peratus diikuti kaum India sebanyak 81 peratus dan kaum-kaum lain sebanyak 75 peratus. Bagaimanapun, hanya 24 peratus orang Melayu menyokong pengerusi PH itu.

    Sementara itu, Yusri turut ditanya mengenai pilihan raya kecil Pulai dan Simpang Jeram yang akan diadakan tidak lama algi. Yusri berkata walaupun kerusi berkenaan merupakan kubu kuat PH, namun keputusan pengundian bergantung kepada peratusan keluar mengundi. “Kalau kadar keluar mengundi hampir sama dengan PRN sekarang ini, maksudnya PN akan menawan seolah-olah hampir 100 peratus undi Melayu dan peratusan kecil pengundi bukan Melayu. Tetapi masih kembali kepada elemen turunout pengundi bukan Melayu,” katanya sambil menambah ia juga bergantung kepada sejauh mana sokongan Umno kepada PH.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts