Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesImigresen tahan lebih 100 pendatang tanpa izin di Brickfields

    Imigresen tahan lebih 100 pendatang tanpa izin di Brickfields

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Serbuan yang dilakukan Jabatan Imigresen di Little India, Brickfields di Kuala Lumpur berjaya apabila lebih 100 warga asing ditahan atas beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen daripada jumlah keseluruhan 370 orang yang diperiksa.

    Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Jafri Embok Taha berkata 370 individu yang diperiksa terdiri daripada warga India, Bangladesh, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia, Myanmar dan Nepal berusia dari 25 tahun hingga 71 tahun, dengan 335 lelaki dan 35 wanita.

    Jafri berkata serbuan ke atas lebih 30 premis itu melibatkan kediaman, kedai pakaian, restoran, kedai gunting rambut, kedai barang kecantikan dan kedai serbaneka di sekitar Jalan Thamby Abdullah, serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut menyertai.

    “Dalam operasi ini, lebih 100 pendatang tanpa izin ditahan dan dibawa ke Depot Tahanan Jabatan Imigresen di Semenyih untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

    “Ini kerana mereka melakukan kesalahan antaranya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan pemegang kad yang tidak diiktiraf,” katanya kepada pemberita selepas operasi yang berlangsung selama tiga jam dengan 224 anggota Imigresen, JPN dan APM.

    Jafri berkata serbuan itu adalah susulan aduan orang ramai berhubung kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan.

    Mengenai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0, Jafri berkata pendaftaran program tersebut telah berakhir semalam selepas dua tahun dilaksanakan.

    Dia berkata proses seterusnya adalah pengesahan permohonan yang akan dilaksanakan sehingga 31 Mac ini.

    “Selepas 31 Mac ini, kita akan melakukan operasi dan mengambil tindakan terhadap pekerja asing yang belum melalui proses pengesahan terutama mereka yang memegang kad RTK semasa pemeriksaan dokumentasi,” katanya.

    ALSO READ:  Bersatu tuntut PRK semula, kosongkan kerusi 6 MP paling tadah

    Program RTK diwujudkan untuk menjadikan pendatang tanpa izin sebagai pekerja asing sah, digajikan oleh majikan yang layak dan tertakluk kepada syarat ketat oleh kerajaan, menerusi Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

    Pelaksanaan semula program RTK dan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing merupakan antara dua perkara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Januari tahun lepas.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts