Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIndividu ketujuh terkaya di Malaysia Chen Lip Keong meninggal dunia

    Individu ketujuh terkaya di Malaysia Chen Lip Keong meninggal dunia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Individu ketujuh paling kaya di Malaysia, Dr Chen Lip Keong meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 8 Dis, 2023, kerana sakit.

    Kematian beliau diumumkan oleh NagaCorp Ltd yang disenaraikan di Hong Kong dan FACB Industries Incorporated Bhd (FACB) yang tersenarai di Bursa Malaysia, hari ini.

    Chen merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif kanan kumpulan NagaCorp dan presiden eksekutif FACB.

    NagaCorp berkata Chen telah mewujudkan asas yang kukuh bagi kumpulan dengan pertumbuhan stabil lebih daripada 28 tahun dan pengalaman keusahawanan, perniagaan dan pengurusan beliau memainkan perananan penting dalam membantu kejayaan kumpulan.

    “Di bawah kepimpinan berwawasan Chen, kumpulan telah mencapai pertumbuhan dan pembangunan yang luar biasa selepas bertahun-tahun menerusi pengendalian perniagaan dengan teliti serta pengurusan yang mahir dan strategik.

    “Bagi pihak semua kakitangan kumpulan, lembaga pengarah ingin merakamkan kesedihan yang mendalam atas pemergian Chen dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman web syarikat itu hari ini.

    NagaCorp juga mengumumkan pelantikan semula anak lelaki Chen, Chen Yiy Fon — pengarah eksekutif syarikat itu — sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan yang baharu, berkuat kuasa 10 Dis, 2023,

    Yiy Fon sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif operasi sejak 5 April, 2022, katanya.

    FACB juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Chen dalam satu makluman berasingan kepada Bursa Malaysia untuk mengumumkan pemergian Chen.

    “Bagi pihak semua pekerja kumpulan, lembaga merakamkan kesedihan yang mendalam atas pemergian Chen dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.

    “Lembaga Pengarah menghargai sumbangan dan kepimpinan beliau yang tidak ternilai sepanjang 29 tahun bersama kumpulan,” katanya.

    Menurut senarai 50 individu terkaya Forbes Malaysia yang diumumkan pada 31 Mei, 2023, Chen merupakan indivdiu ketujuh paling kaya di negara ini dengan kekayaan atau nilai bersih US$2.8 bilion (US$1= RM4.675).

    ALSO READ:  Speaker saran ubi kayu makanan tambahan kepada beras

    Bernama

     

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts