Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIndividu pandu lawan arus cedera parah dalam kemalangan

    Individu pandu lawan arus cedera parah dalam kemalangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki cedera parah selepas memandu Perodua Myvi secara melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan empat kenderaan di Kilometer 2.6 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menghala ke pusat bandar, di Johor Bahru, tengah malam Isnin.

    Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, pemandu berusia 20 tahun itu telah memandu lawan arus dan melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton serta mengakibatkan pelanggaran tiga kereta lain.

    Dia berkata Perodua Myvi itu dipercayai dipandu dari arah bandar raya ini menuju ke utara tetapi memandu lawan arus bermula dari bulatan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan memasuki EDL.

    “Mitsubishi Triton yang datang dari arah utara dan menuju ke pusat bandar tidak sempat mengelak daripada Perodua Myvi yang datang dari arah hadapannya.

    “Pelanggaran itu telah menyebabkan Mitsubishi Triton tersebut terbalik, dan tiga kereta lain iaitu Toyota Vios, Honda City dan Audi A3 yang datang dari arah sama dengan pacuan empat roda itu, juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Myvi dan Mitsubishi Triton tersebut yang berada di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Raub berkata pemandu Myvi terbabit mengalami kecederaan di kaki, tangan serta leher dan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, di situ.

    Sementara itu, menurutnya pemandu kereta lain yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan.

    Bagaimanapun dia berkata pemandu Myvi terbabit didapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts