Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesInflasi kekal 2 peratus setakat Ogos - DOSM

    Inflasi kekal 2 peratus setakat Ogos – DOSM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Inflasi Malaysia tetap pada dua peratus pada Ogos 2023, sama dengan kadar pertumbuhan yang dicatatkan pada Julai 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    Dalam satu kenyataan hari ini, DOSM berkata kadar inflasi yang dicatatkan pada Ogos disebabkan terutamanya oleh pertumbuhan lebih perlahan dalam restoran dan hotel, yang jatuh 4.7 peratus daripada lima peratus pada Julai 2023; makanan dan minuman bukan alkohol (4.1 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai 2023), serta pelbagai barangan dan perkhidmatan yang menyederhana kepada 2.4 peratus daripada 2.6 peratus pada bulan sebelumnya.

    Ia berkata kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP).

    Sementara itu, ia berkata kadar inflasi bagi sektor pengangkutan Ogos 2023 tidak mencatatkan sebarang peningkatan (0.0 peratus) berbanding -0.4 peratus pada Julai 2023.

    Mengenai inflasi teras, DOSM berkata ia meningkat 2.5 peratus pada Ogos 2023 berbanding 2.8 peratus pada Julai 2023, namun ia masih melepasi kadar inflasi nasional keseluruhan dua peratus.

    “Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu dengan kenaikan 5.1 peratus, diikuti oleh kumpulan restoran dan hotel yang meningkat sebanyak 4.7 peratus dan pengangkutan (3.6 peratus).

    “Sementara itu, pelbagai barangan dan perkhidmatan dan kesihatan masing-masing meningkat 2.4 peratus,” katanya.

    Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, DOSM berkata inflasi dua peratus di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Zon Eropah (5.3 peratus), Filipina (5.3 peratus), Republik Korea (3.4 peratus), Indonesia (3.3 peratus) dan Vietnam (3.0 peratus). Namun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (0.9 peratus) dan China (0.1 peratus), katanya.

    Di peringkat Negeri, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata tujuh Negeri mencatatkan peningkatan melebihi paras inflasi negara dua peratus iaitu Sarawak (3.4 peratus), Putrajaya (2.7 peratus), Perlis (2.4 peratus), Perak (2.3 peratus), Selangor (2.3 peratus), Pahang (2.2 peratus) dan Melaka (2.1 peratus), manakala sembilan Negeri lain mencatatkan pertumbuhan di bawah dua peratus.

    ALSO READ:  JBPM bincang JPA pentrukturan gred perkhidmatan anggota bomba

    Pada asas bulan ke bulan, DOSM berkata inflasi keseluruhan pada Ogos 2023 meningkat marginal kepada 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus pada Julai 2023.

    Peningkatan ini disumbangkan oleh perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, 0.5 peratus berbanding tidak berubah pada Julai 2023, serta kesihatan, yang meningkat 0.5 peratus daripada 0.2 peratus pada Julai 2023.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts