Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIni adalah khurafat politik, kata Adun Kota Lama

    Ini adalah khurafat politik, kata Adun Kota Lama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli dewan undangan Negeri (Adun) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud sebagai ‘khurafat politik’. Ini selepas Nassuruddin mendakwa Hafidzah (gambar judul) dan Adun Galas Syahbuddin Hashim sebagai “menentang perjuangan Islam”.

    “Bagi saya ini adalah khurafat politik, penyelewengan besar yang perlu ditentang oleh rakyat akar umbi. Ini perlu diperbetulkan, saya nampak kalau masyarakat dan alim ulama diam membisu, seolah-olah kita boleh menerima perkara sedemikian dilakukan oleh pemimpin tertinggi.

    “Saya bersetuju bahawa kita perlu mengambil tindakan tegas dan kita tidak boleh dipermain-mainkan.

    Adun Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim bersama Adun Galas Syahbuddin Hashim. “Walaupun kami berdua dianggap sinikal, tetapi kita mewakili rakyat untuk melaksanakan semak dan imbang,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

    Hafidzah dan Syahbuddin menuntut Nassuruddin membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari dan tindakan saman di mahkamah akan diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

    Terdahulu, Nassuruddin (gambar, bawah) dalam satu rakaman video yang tular mendakwa kemenangan PAS dalam pilihan raya Negeri (PRN) baru-baru ini adalah kemenangan perjuangan Islam. Dia juga juga menyifatkan dua kerusi yang dimenangi PH-BN selepas menewaskan calon PAS di kawasan terbabit sebagai milik pihak yang “menentang perjuangan Islam.”

    Kenyataan itu dibuat dalam kuliah agama di Medan Ilmu, Kota Bharu, Jumaat lalu.

    Dalam perkembangan berkaitan, Hafidzah yang juga ketua wanita Amanah (Awan) Kelantan berkata, kenyataan Nassuruddin itu tidak menghormati dan bertentangan semangat federalisme serta sistem demokrasi negara.

    “Kenyataan yang dinyatakan secara terbuka itu amat menyinggung perasaan, untuk saya sendiri mungkin siapalah saya dan biasalah kita dihina begitu rupa.

    ALSO READ:  Khaled: Terserah IPT, ikut cara masing-masing solidariti Palestin

    “Tetapi saya tidak rela pengundi kita, penyokong kita terasa tercabar dengan kenyataan yang tidak bertata susila yang lari dengan semangat perlembagaan.

    Kerjasama persekutuan

    “Terutamanya dinyatakan pemimpin tertinggi Negeri ini yang sehari sebelumnya menyatakan akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan. Jadi ini amat bertentangan dengan semangat federalisme, tidak menghormati langsung bahawa dalam negara demokrasi ada pilihan rakyat untuk memilih kita.

    “Bagaimana mana mungkin kami akan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyemak-imbang dalam dewan undangan Negeri (DUN) dengan keadaan ketua peringkat tertinggi (Negeri) memandang kami dengan begitu serong.

    “Kita doakan satu kesudahan yang baik, sesiapa boleh melakukan kesilapan dan yang terbaik adalah orang yang menyatakan maaf,” ujarnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts