Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIni semua kerja Farhash dan Datuk Botak, dakwa Wan Fayhsal

    Ini semua kerja Farhash dan Datuk Botak, dakwa Wan Fayhsal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Pemuda Armada (Bersatu) Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini mendakwa terdapat dua individu yang bertanggungjawab menarik sokongan wakil rakyat pembangkang kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Menurut Wan Fayhsal, individu terbabit adalah “Datuk Botak” dan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador. “Jelas bahawa terdapat langkah terancang oleh perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan perpaduan untuk menyogok dan memberi suapan melalui janji-janji bantuan kewangan kepada ahli Parlimen Bersatu bagi kawasan mereka dan juga untuk mereka secara peribadi. Terdapat juga satu video menunjukkan identiti seorang Datuk Botak… yang memainkan perananan untuk menyogok dan mengugut ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong perdana Menteri,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini. Malaysiakini tidak mendedahkan nama sebenar Datuk Botak buat masa ini sementara menunggu maklum balasnya. Portal ini juga sedang cuba mendapatkan reaksi Farhash. Wan Fayhsal yang juga ahli Parlimen Machang berkata video-video berkaitan usaha menarik sokongan wakil rakyat pembangkang boleh dilihat melalui perkongsian di laman-laman sosial seperti Facebook dan Tiktok. “Video tersebut menjelaskan perananan bekas setiausaha politik perdana Menteri iaitu Farhash dalam perkara ini. Video ini juga telah tular di Facebook, Tiktok dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tahu dan mengambil tindakan kerana jelas keempat-empat ahli Parlimen Bersatu telah didesak, ditekan dan diugut dengan tindakan SPRM jika enggan beri sokongan. Hal ini jelas merupakan satu salah guna kuasa oleh perdana Menteri dan satu bentuk rasuah dan perbuatan ini juga menghina peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkenaan undang-undang lompat parti dan bercanggah dengan amalan demokrasi,” katanya. Terdahulu, Wan Fayhsal memaklumkan laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan wujud unsur habuan, umpan atau ugutan susulan tindakan beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Wan Fayhsal berkata, laporan itu dibuat oleh Pemuda Bersatu (Armada) manakala laporan kepada SPRM akan menyusul dalam masa terdekat. “Satu laporan polis sudah dibuat oleh Armada Bersatu tengah malam semalam. Ada yang kata ini (dakwaan terima ugutan) cakap-cakap kosong dan fitnah. Tidak, kita ada fakta dan kes. Laporan susulan SPRM akan dibuat dan satu sidang media akan diadakan untuk menjelaskan mengenai laporan polis tersebut,” katanya. Terdahulu, Wan Fayhsal pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat membidas Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail  kerana menyatakan tiada sebarang aduan diterima pihak berkuasa. Saifuddin sebelum itu secara sinis mengucapkan syabas kepada Armada yang “bekerja sampai tengah malam” untuk membuat laporan polis. “Hakikat polis menerima aduan menunjukkan polis profesional. Tiada masalah, tiada beza. Saya ulangi kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis (buat siasatan). “Ugutan membabitkan tugasan polis. Umpan dan habuan termasuk dalam bidang kuasa SPRM. Untuk menjawab pada pagi ini, saya meminta dua agensi itu memberi jawapan dan hingga saat ini, tiada satu pun laporan dibuat,” katanya. Bagaimanapun, Saifuddin tetap memberi jaminan bahawa polis akan segera melakukan siasatan sekiranya terdapat laporan atau dakwaan individu, manakala akan dianggap fitnah terhadap kerajaan sekiranya tidak wujud elemen berkenaan. “Pihak agensi dan penguat kuasa dalam kerajaan sedia untuk bertindak secara profesional bagi menangani sebarang kemungkinan,” tegasnya. Empat anggota parlimen Bersatu yang menyokong Anwar itu ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli). Kesemua mereka membuat keputusan itu dengan alasan demi kepentingan dan kebajikan pengundi di kawasan masing-masing.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts