Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesInsentif awal untuk penjawat awam, pesara dibayar 23 Feb - PM

    Insentif awal untuk penjawat awam, pesara dibayar 23 Feb – PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bayaran insentif awal, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2024, akan dibayar kepada penjawat awam, kakitangan utama sektor awam dan pesara kerajaan secara sekali gus pada 23 Feb ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Katanya, semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, akan menerima RM2,000.

    Semua kakitangan jawatan utama sektor awam juga akan menerima RM1,000 setiap seorang manakala bayaran insentif RM1,000 juga akan diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran, sama ada yang mempunyai pencen atau tidak, katanya.

    “Ini sementara kita menunggu kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dimuktamadkan,” katanya pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

    “Kami mengambil jalan pantas. Mesyuarat (SSPA) akan dipengerusikan oleh perdana Menteri dan kita akan memuktamadkannya dalam tempoh dua bulan ini.

    “Ia kemudiannya akan dibentangkan kepada kabinet untuk keputusan muktamad,” tambah Anwar.

    [Berita penuh menyusul]

    Bayaran insentif awal, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2024, akan dibayar kepada penjawat awam, kakitangan utama sektor awam dan pesara kerajaan secara sekali gus pada 23 Feb ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya, semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, akan menerima RM2,000. Semua kakitangan jawatan utama sektor awam juga akan menerima RM1,000 setiap seorang manakala bayaran insentif RM1,000 juga akan diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran, sama ada yang mempunyai pencen atau tidak, katanya.

    Ini sementara kita menunggu kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dimuktamadkan,” katanya pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. “Kami mengambil jalan pantas. Mesyuarat (SSPA) akan dipengerusikan oleh perdana Menteri dan kita akan memuktamadkannya dalam tempoh dua bulan ini. Ia kemudiannya akan dibentangkan kepada kabinet untuk keputusan muktamad,” tambah Anwar. [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts