Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesInsiden Anwar didakwa buli pelajar punca undi India lari - Sivaraj

    Insiden Anwar didakwa buli pelajar punca undi India lari – Sivaraj

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Cara Perdana Menteri Anwar Ibrahim menangani soalan mengenai kuota kaum dalam kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam mungkin telah menjejaskan undi PH dan BN daripada masyarakat India, menurut senator Sivaraj Chandran.

    “Respon perdana Menteri nampaknya memandang remeh sokongan kaum India dan jelas tidak menggambarkan komitmen kerajaan perpaduan untuk membantu masyarakat India,” katanya yang juga bekas naib presiden MIC pada satu kenyataan hari ini.

    Pada 27 Jun lalu, Sivaraj bertindak keluar MIC meskipun sebelum ini menjadi satu-satunya wakil parti itu yang dilantik menjadi ahli Dewan Negara.

    Dalam pada itu, Sivaraj merujuk pandangan penganalisis bahawa sokongan pengundi India terhadap PH telah menurun sebanyak 15 peratus dan sebaliknya undi orang India meningkat sebanyak 21 peratus untuk PN.

    “Saya yakin sokongan kaum India tidak akan terus beralih kepada PN, tetapi pada masa yang sama, kepimpinan kerajaan perpaduan tidak boleh mengambil mudah agenda masyarakat India.

    “Kerajaan perpaduan perlu menyedari komitmennya terhadap agenda masyarakat India dengan segera,” katanya.

    Sivaraj merujuk jawapan Anwar kepada seorang remaja – kelihatannya seperti etnik India – yang bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk menghapuskan sistem kuota bumiputera atau tidak semasa sesi dialog di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas pada 5 Ogos.

    Reaksi perdana Menteri itu dikatakan menenggelamkan soalan pelajar itu, dengan netizen melabel Anwar sebagai “pembuli”.

    Semasa sesi dialog tersebut, pelajar itu meminta dia diberi masa untuk menerangkan beberapa konteks sebelum mengemukakan soalannya.

    Bagaimanapun, Anwar memotongnya sebelum dia menjelaskan dan kemudian berkata dia sudah menjawab soalan yang sama sebelum ini.

    Selepas itu, dia berkata pelajar itu sepatutnya mengelak daripada membincangkan sistem kuota dan sebaliknya perlu menunjukkan kes-kes khusus orang bukan Melayu yang dinafikan kemasukan matrikulasi, membolehkan kerajaan menangani keadaan itu.

    ALSO READ:  Pemimpin DAP terima gelaran datuk mohon maaf pada parti

    Anwar juga didakwa mengkritik pelajar itu dengan menyifatkannya tidak adil terhadap pelajar bumiputera di sekolah luar bandar.

    Akhirnya, dia mengalihkan jawapannya kepada politik dengan menyatakan pemansuhan kuota bumiputera di institusi pengajian tinggi akan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) dan BN menghadapi kekalahan dalam semua pilihan raya akan datang.

    Sementara itu, Sivaraj menegaskan kaum India membentuk lebih 10 peratus daripada pengundi di 76 dari 132 kawasan pilihan raya di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan mereka semakin berperananan sebagai penentu kemenangan.

    Justeru, dia berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan melaksanakan janjinya, seperti menangani isu penempatan universiti awam, sistem sokongan terhadap masyarakat India untuk usahawan kecil dan sederhana.

    “Isu-isu itu bukan isu rumit yang memerlukan berbilion ringgit, tetapi isu asas yang hanya memerlukan hala tuju dasar yang jelas daripada kepimpinan kerajaan perpaduan,” katanya.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts