Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesInsiden Pulau Angsa: Kotak hitam heli APMM dihantar ke Itali

    Insiden Pulau Angsa: Kotak hitam heli APMM dihantar ke Itali

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kotak hitam helikopter AW139 (M72-01) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor bulan lepas sudah dihantar kepada syarikat pengeluar di Itali untuk dianalisis.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia susulan pihaknya telah menemui beberapa kerosakan terhadap kotak hitam berkenaan dan beranggapan lebih selamat sekiranya kerja-kerja analisis kotak hitam itu dilakukan oleh syarikat pengeluar untuk mengetahui punca kejadian.

    “Maklumat daripada analisis kotak hitam itu kemudian akan diberikan kepada jawatankuasa siasatan untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga APMM di Putrajaya hari ini.

    Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Pemangku Ketua Pengarah APMM Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

    Helikopter yang membawa empat kru iaitu Leftenan Komander Maritim Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I Maritim John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara Maritim Muhamad Nurhayyat Hashim; melakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa, Kuala Selangor dalam kejadian pada 5 Mac lepas.



    Sementara itu mengulas insiden anggota APMM tercedera akibat ditembak ketika cuba menahan sebuah bot enjin sangkut untuk pemeriksaan di Lahad Datu, Sabah pada 7 April lepas, Saifuddin berkata Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

    “Kita masih menunggu laporan penuh daripada doktor yang merawat beliau berhubung kecederaan berkenaan dan Kementerian Dalam Negeri akan memberikan bantuan sewajarnya bagi menjaga kebajikan anggota dan keluarganya sepanjang beliau menerima rawatan,” katanya.

    Gambar fail.

    Dalam kejadian itu, dua anggota APMM cedera dalam insiden berbalas tembakan di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut, Kampung Pangi Kunak, Lahad Datu, ketika cuba menahan sebuah bot enjin sangkut untuk pemeriksaan Op Khas Pagar Laut.

    ALSO READ:  Mexico logs sharp uptick in Venezuelan migrants amid latest surge

    Mengulas mengenai Op Khas Pagar Laut yang dilancarkan sempena Ramadan dan Syawal lepas pula, Saifuddin Nasution berkata APMM menahan 175 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dan merampas barangan bernilai RM15 juta.

    “Tangkapan dan rampasan ini melihatkan pentingnya APMM melakukan operasi khas bagi menjaga dan mengawasi perairan negara,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts