Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesInsiden Ulu Tiram: JKM sedia sesi kaunseling untuk keluarga mangsa

    Insiden Ulu Tiram: JKM sedia sesi kaunseling untuk keluarga mangsa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan sesi kaunseling kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lepas, selagi mereka memerlukannya.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata langkah itu amat penting bagi memulihkan kembali emosi setiap anggota keluarga yang masih terkesan dengan pemergian mangsa.

    “Sesi kaunseling ini perlu sehingga mereka cukup bersedia untuk kembali menjalani kehidupan normal,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar di Kampung Poh Tambahan 1, Bidor di Tapah hari ini.

    Beliau turut menyampaikan bantuan Skim Pemberian Ehsan Yayasan Kebajikan Negara berjumlah RM3,000 kepada keluarga Allahyarham Ahmad Azza Fahmi.

    Noraini berkata pihaknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka tabah dalam menghadapi dugaan yang berlaku.

    Bapa Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, Azhar Khaiden, 54, pula berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan semua pihak terutama dalam memudahkan pengurusan pengebumian jenazah anaknya.

    “Saya terima kejadian yang berlaku dengan hati terbuka, reda dan saya anggap ini adalah kerja yang telah diatur oleh Allah SWT. Perkara sama saya terangkan kepada isteri dan anak saya, mudah-mudahan mereka semua menerimanya,” katanya.

    Azhar berkata keluarganya turut berhasrat menamakan surau baharu yang akan dibina di kampungnya dalam waktu terdekat, atas nama anaknya.

    “Perkara ini telah dimaklumkan kepada Menteri besar (Datuk Seri Saarani Mohamad) semasa kunjungan beliau ke sini tempoh hari dan saya harap ia akan dapat diabadikan,” katanya.

    Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, Ahmad Azza Fahmi dan rakan setugas Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.

    ALSO READ:  Mana suara DAP, isu DNAA semua senyap sepi, kata Takiyuddin

    Suspek lelaki berusia 21 tahun ditembak mati dalam kejadian berkenaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts