Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesInternet di Pos Balar terjejas kerana tanah runtuh

    Internet di Pos Balar terjejas kerana tanah runtuh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan di Pos Balar, Gua Musang, mengakibatkan penduduk Orang Asli tidak dapat menggunakan kemudahan Internet semenjak lima hari lepas.

    Penduduk mendakwa perkhidmatan Internet tergendala disebabkan keadaan jalan yang tidak dapat dilalui oleh pembekal diesel bagi menghidupkan generator yang membekalkan tenaga kepada pencawang telefon di penempatan berkenaan.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar Hanan Anjang berkata situasi itu menyebabkan penduduk setempat tidak dapat berhubung dengan masyarakat di luar untuk melaporkan perkembangan mereka ketika ini.

    “Saya bersama tiga penduduk kampung terpaksa ke Bukit Kepong di Kampung Barung, Pos Balar, berjarak dua kilometer dari rumah semata-mata untuk mendapatkan talian Internet kerana sejak lima hari lepas, pencawang telefon tidak berfungsi kerana kehabisan diesel.

    “Sepanjang perjalanan ke kawasan tinggi itu kami terpaksa menempuhi tempat berlaku tanah runtuh, selain keadaan jalan yang berselut tebal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Mengulas lanjut, Hanan berkata kebiasaannya diesel akan dibekalkan sekali setiap minggu oleh pembekal.

    Susulan itu, Hanan berkata sepanjang tempoh lima hari ini mereka hanya dapat melaporkan keadaan semasa penduduk di pos pedalaman itu pada waktu siang.

    “Kami harap masalah perhubungan Internet ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana risau berlaku kecemasan terhadap penduduk pada sebelah malam.

    “Mungkin selepas ini ada usaha lain yang boleh dibuat supaya kami tidak terputus hubungan lagi,” katanya.

    Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Kelantan memberitahu pihaknya mengambil maklum aduan terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts