Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIran, Rusia desak hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza

    Iran, Rusia desak hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Iran dan Rusia mendesak agar peranang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan Tebing Barat dihentikan segera, kata Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian pada Jumaat.

    Gesaan itu dibuat susulan lawatan sehari Presiden Iran Ebrahim Raisi ke Moscow dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin di Kremlin, lapor Agensi Berita IRNA.

    Amirabdollahian berkata sebahagian besar rundingan tertumpu kepada isu Palestin dan Rusia sedang mempertimbangkan inisiatif untuk Gaza.

    Beliau berkata selain menekankan mengenai perlunya menghentikan segera pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan Tebing Barat, kedua-dua pihak juga mendesak agar berhenti mengusir penduduk Gaza dan membuka segera sempadan Rafah untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan.

    Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu dua hala dan bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam beberapa sektor utama, antaranya monetari dan perbankan, pengangkutan, tenaga, sains dan teknologi serta kerjasama serantau dan antarabangsa.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts