Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIran serang Israel dengan dron, peluru berpandu

    Iran serang Israel dengan dron, peluru berpandu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Iran melancarkan berpuluh-puluh dron dan peluru berpandu di wilayah diduduki Israel semalam, memulakan serangan yang berkemungkinan mencetuskan ketegangan besar antara seteru rantau itu.

    Menurut The Guardian, pelancaran dron yang dipercayai buatan Iran, Shahed-136 telah disahkan oleh tentera Israel dan media berkaitan negara Iran, Press TV.

    Perbadanan Pengawal Revolusi Islam Iran (IIRGC) berkata ia turut melancarkan peluru berpandu balistik pada sasaran tertentu di Israel sebagai sebahagian daripada “Operation True Promise”.

    “Sebagai tindak balas kepada banyak jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis… IIRGC menembak berpuluh-puluh peluru berpandu dan dron ke sasaran tertentu di dalam wilayah yang diduduki [Israel],” lapor stesen TV kerajaan itu.

    Iran telah berikrar membalas dendam atas apa yang disifatkannya sebagai serangan Israel ke atas konsulat Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai pengawal termasuk dua komander kanan dan berkata serangannya adalah hukuman bagi “jenayah Israel”.

    Menurut Reuters, Saluran 12 Israel berkata beberapa peluru berpandu dan dron telah ditembak jatuh di Syria dan Jordan.

    Israel tidak mengesahkan mahupun menafikan bertanggungjawab ke atas serangan konsulat itu.

    Presiden AS Joe Biden, yang pada hari Jumaat memberi amaran kepada Iran agar tidak menyerang Israel, telah berjanji untuk bersama Israel menentang Iran.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts