Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsham dipecat sebab melampau mengkritik, kata Khaled

    Isham dipecat sebab melampau mengkritik, kata Khaled

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil dipecat daripada parti itu kerana didapati bertindak keterlaluan dalam mengkritik pemimpin parti, kata Mohamed Khaled Nordin.

    Naib presiden Umno itu dilaporkan berkata, tindakan melampaui batas oleh Isham itu boleh menggugat parti jika tidak dikawal dengan betul.

    Sebagai parti politik besar seperti Umno, kata Khaled, parti itu perlu memastikan tidak ada ahli yang boleh bercakap sesuka hati sehingga boleh mengancam kestabilan parti.

    “Mana-mana ahli parti pun terutama Umno sebagai parti yang besar, kita perlu pastikan tidak berlakunya tindak-tanduk seseorang ahli yang gugat parti atau yang bercakap sesuka hati.

    “Jadi bila dia cross the line (melampaui batas), ahli MKT berpendapat soal keluarkan pendapat, ada banyak cara dan pendekatan lebih-lebih lagi dia ialah seorang ahli MKT.

    “Jadi parti perlulah mengawal tindak tanduk (seperti itu), kalau semua jadi macam dia bermasalahlah nanti.

    “Jadi ini soal urus disiplin ahli dalam parti. Kita mesti tahu berorganisasi,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

    Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian sebagai mengulas pemecatan Isham semasa sidang media di Kota Tinggi, Johor hari ini.

    Dilaporkan bahawa MKT Umno dalam mesyuarat pada Rabu memutuskan untuk memecat Isham daripada parti itu.

    Menurut sumber, Isham didakwa melanggar peraturan parti termasuk apabila dia mengkritik parti itu secara terbuka dan melabelkan Umno sebagai barua DAP.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts