Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsham terima surat pemecatan semalam

    Isham terima surat pemecatan semalam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil menerima surat pemecatannya semalam.

    “Ini surat pemecatan saya yang saya terima melalui WhatsApp lewat malam semalam,” katanya dalam mesej teks sambil mengepilkan surat berkenaan.

    Surat itu menyatakan bahawa keputusan memecat keahlian Isham dibuat pada mesyuarat MKT Umno 6 Dis lalu.

    “Saudara dipecat dari parti berkuat kuasa serta merta,” kata surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

    Pemecatan itu dibuat mengikut Fasal 10.6 perlembagaan Umno yang memperuntukkan bahawa tanggungjawab MKT, antara lain adalah menentukan taraf pendaftaran seseorang ahli, menggantung atau melucutkan keahlian seseorang ahli.

    Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata Isham akan menerima surat pemecatannya dalam masa terdekat.

    Ini selepas Isham berkata dia belum menerima surat rasmi mengenai perkara itu.

    Ia sekali gus mengesahkan bahawa bekas ketua penerangan Umno itu sah dipecat daripada Umno.

    Sejak Rabu, khabar mengenai pemecatan Isham dilaporkan media.

    Bekas ketua penerangan Umno itu dipecat selepas lantang mengkritik kerjasama Umno dengan DAP, dengan kenyataan terbarunya mendakwa bahawa beberapa pemimpin Umno ‘barua DAP’.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts