Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsrael bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung

    Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNRWA) yang melindungi kira-kira 20,000 pelarian di utara Gaza dibom tentera Israel pada Khamis, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, kata agensi berkenaan. “Ini adalah sekolah rasmi UNRWA di mana kami memberi perlindungan kepada sejumlah orang yang hilang tempat tinggal di Utara Gaza. “Tempat perlindungan ini telah dimaklumkan dengan jelas, lokasinya diketahui, dan kami mempunyai ribuan orang ketika itu yang mencari perlindungan.” Laporan pertama yang datang dari Jabalia (kem pelarian, yang menempatkan sebuah sekolah PBB) menunjukkan lebih 20 orang telah terbunuh,” kata ketua UNRWA Philippe Lazzarini kepada CNN. Dia menambah kemusnahan dan jumlah orang yang terkorban di Gaza begitu dahsyat sehingga ia “tidak boleh dianggap sebagai kerosakan sampingan lagi.”

    Dakwaan fosforus putih digunakan

    Penyiar berita Palestin, Al Aqsa melaporkan fosforus putih dijatuhkan ke kawasan sekolah-sekolah ini, sepadan dengan video yang dimuat naik di media sosial yang dikatakan dirakam dari tempat kejadian. Kakitangan kesihatan yang bertugas di Gaza memberitahu Sky News bahawa fosforus putih digunakan berdasarkan penilaian mereka terhadap individu yang cedera dalam serangan Israel. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, fosforus putih, yang sering digunakan oleh tentera untuk menerangi medan peranang dan mencipta pelindung asap, “boleh menyebabkan luka bakar yang dalam dan teruk, meresap hingga ke tulang, dan diketahui boleh menyala semula selepas rawatan awal”.

    Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata ia boleh menyebabkan menyebabkan kebakaran pada manusia, bangunan, dan kawasan sekitarnya. Senjata pembakar dihadkan di bawah perjanjian PBB. Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Peter Lerner bagaimanapun berkata dia tidak tahu bahan itu digunakan dalam senjata IDF di Gaza. “IDF beroperasi dalam lingkungan peraturan konflik bersenjata. Alat yang kami gunakan adalah dalam undang-undang kemanusiaan. “Undang-undang konflik bersenjata tidak melarang penggunaan fosforus digunakan. “Saya tidak tahu dalam mana-mana keadaan di mana ia telah digunakan tetapi ia boleh digunakan,” katanya kepada Sky News. Pemerhati Hak Asasi Manusia dan Amnesty International berkata analisis mereka terhadap pertempuran mengesahkan bahawa IDF menggunakan fosforus putih di Gaza dan Lubnan, tetapi dinafikan IDF.

    ALSO READ:  'Pertimbang aspek cubaan bunuh dalam kebakaran rumah Ngeh'

    Jumlah kematian di Palestin meningkat lebih 9,000

    Kementerian Kesihatan Gaza berkata lebih 9,000 rakyat Palestin telah terbunuh manakala Israel berkata lebih 1,400 rakyatnya telah terkorban sejak keganasan meletus pada 7 Okt. Mereka kebanyakannya ialah orang awam dan termasuk kanak-kanak. Lebih 200 warga Israel telah dijadikan tebusan oleh Hamas pada 7 Okt lalu. Sementara itu, IDF memberitahu CNN bahawa keluarga yang terbunuh dalam pengeboman Israel di kem pelarian Jabalia sepatutnya tidak berada di situ dan sepatutnya dipindahkan.

    Mengulas klip video Reuters yang menunjukkan seorang lelaki menyenaraikan nama 15 ahli keluarganya yang terbunuh dalam serangan itu, jurucakap IDF Jonathan Conricus berkata: “Apa yang boleh saya katakan kepada lelaki itu, tanpa sedikit sinis pun, kamu sepatutnya berpindah, kamu dan keluarga kamu, kamu tidak sepatutnya berada di sana.” Dia juga berkata pelarian di kem Jabalia sedar mengenai dakwaan operasi Hamas di situ dan sepatutnya tahu akan berlaku pertempuran hebat di kawasan itu. Ketika ditanya oleh CNN sama ada wajar meminta ribuan pelarian dan orang miskin keluar dalam tempoh singkat, Cornicus berkata Jabalia bukan kem pelarian sementara tetapi kediaman tetap rakyat Palestin.

    Kem pelarian Jabalia adalah kem pelarian terbesar di Gaza, dan merupakan tempat tinggal bagi orang Palestin yang telah berdepan dalam pelbagai peperanangan dengan Israel sejak tahun 1948. IDF berkata ia menyasarkan pemimpin Hamas, Ibrahim Biari, yang bersembunyi di situ dan telah terbunuh dalam serangan itu. Hamas menafikan perkara ini.

    Keadaan makin tidak terkawal

    Sempadan Gaza dikawal ketat oleh Mesir dan Israel sejak tahun 2005 apabila Hamas mengambil alih, dengan mengenakan sekatan perdagangan dan bekalan kepada penduduk awam. Lazzarinni dari UNRWA berkata sebelum 7 Okt, komuniti antarabangsa yang diketuai UNRWA menyediakan separuh daripada keperluan makanan untuk 1.2 juta orang yang tinggal di Gaza. Ia disediakan melalui kira-kira 500 trak bantuan yang memasuki Gaza setiap hari melalui persimpangan Rafah ke Mesir, tetapi kurang daripada 300 trak yang membawa bantuan dibenarkan masuk ke Gaza sejak 7 Okt, katanya.

    ALSO READ:  Two Russian ex-prisoners from East-West swap want to return home

    Dia berkata keadaan terdesak dan keadaan yang makin tidak terkawal menyebabkan kakitangan UNRWA sukar mengangkut roti dari kedai roti ke tempat perlindungan mereka, memandangkan terdapat ratusan orang yang kelaparan di hadapan kedai roti itu mencari makanan. Dia menambah perkhidmatan tersebut juga perlu ditutup dalam masa beberapa hari jika bahan api terus disekat daripada memasuki Gaza. Menurutnya UNRWA berjaya mendapatkan bahan api daripada entiti komersial di Gaza selepas bekalan mereka kehabisan, tetapi ia juga semakin berkurang dengan cepat. “Dalam beberapa hari mendatang, kami tidak akan dapat membekalkan kedai roti, hospital dan stesen air dan pada hari-hari mendatang kami mungkin tidak dapat mengalihkan trak kami ke Genting Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada 700,000 orang yang berlindung di tempat kami dan penduduk yang lain,” katanya. Dia menambah mereka yang mem

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts