Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsrael lakukan pembunuhan beramai-ramai 16 orang sehari sejak 7 Okt

    Israel lakukan pembunuhan beramai-ramai 16 orang sehari sejak 7 Okt

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tentera Israel melakukan 16 pembunuhan beramai-ramai sehari secara purata di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas dalam serangan yang dilakukan mereka selama lebih enam bulan, menurut Kerajaan Gaza.

    Pejabat Media Kerajaan Gaza mengeluarkan dapatan itu dalam satu kenyataan yang memberikan butiran pengeboman selama 190 hari yang dilakukan Israel di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

    Menurut kenyataan itu tentera Israel telah melakukan 2,973 pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023.

    Laporan itu menyatakan sepanjang serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza, 14,560 kanak-kanak dan 9,582 wanita maut.

    Selain itu 7,000 individu sama ada terperanangkap di bawah runtuhan atau hilang dengan hospital mencatat 33,686 kematian dan 76,309 individu cedera.

    Dilaporkan 72 peratus daripada mereka yang terdedah kepada serangan Israel di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.

    Diketengahkan juga di Gaza, tindakan Israel telah menyebabkan kebuluran, satu krisis kemanusiaan yang muncul akibat sekatan ke atas bantuan kemanusiaan.

    Natijahnya, 30 kanak-kanak mati kerana pemakanan tidak seimbang dan penyahhidratan.

    Ia turut menyatakan tentera Israel telah melancarkan lebih 70,000 tan bahan letupan ke atas Gaza sejak 7 Okt, menyasarkan bukan hanya orang awam tetapi juga sektor penjagaan kesihatan.

    Serangan tidak berhenti-henti itu mengakibatkan kematian 485 petugas penjagaan kesihatan dan 66 anggota pertahanan awam di Gaza.

    Serangan Israel juga turut mengorbankan 140 wartawan dan menyebabkan 17,000 kanak-kanak di Gaza hidup tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa.

    Terdapat 11,000 orang yang cedera dan memerlukan rawatan segera di luar negara dan 10,000 pesakit kanser berhadapan kematian kerana perkhidmatan kesihatan yang tidak mencukupi.

    Tempat perlindungan yang sesak dengan warga Palestin kehilangan tempat tinggal mengalami 1,089,000 kes penyakit berjangkit dan 8,000 kes Hepatitis A.

    ALSO READ:  K'jaan rakam takziah buat keluarga Taib, rakyat Sarawak

    Lebih 60,000 wanita mengandung di Gaza tidak dapat penjagaan kesihatan dan 350,000 orang dengan penyakit kronik menghadapi risiko kematian disebabkan kekurangan rawatan perubatan, menurut laporan itu.

    Laporan itu menyatakan tentera Israel telah menahan lebih daripada 5,000 warga Palestin sejak serangan awalnya di Gaza.

    Tentera Israel juga menahan 310 petugas penjagaan kesihatan dan 20 wartawan selain dua juta orang telah kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza yang mempunyai penduduk sebanyak 2.3 juta.

    Lebih 70,000 rumah musnah sepenuhnya dan sejumlah 290,000 rumah lagi rosak dan tidak boleh dihuni, menurut pejabat media itu.

    Tentera Israel memusnahkan 171 kemudahan kerajaan dan 100 sekolah dan universiti sementara 305 sekolah dan universiti rosak sebahagiannya.

    Tentera Israel juga memusnahkan 233 masjid sepenuhnya, merosakkan 301 masjid dan menyasarkan serta memusnahkan tiga gereja.

    Ia menyatakan Israel menyasarkan 159 institusi penjagaan kesihatan di Gaza, mengakibatkan 53 pusat penjagaan kesihatan dan 32 hospital tidak dapat berfungsi serta 126 ambulans tidak dapat digunakan lagi.

    Israel juga menyasarkan warisan kebudayaan Palestin, memusnahkan 203 aset kebudayaan dan bersejarah di Gaza, menurut laporan itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts