Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsrael rancang serang Rafah yang menempatkan 1.4 juta warga Palestin

    Israel rancang serang Rafah yang menempatkan 1.4 juta warga Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 pada Selasa di tengah-tengah rancangan rejim itu untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

    Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Anadolu (AA).

    Menurut Pejabat Media Kerajaan berpangkalan di Gaza, tentera Israel melakukan 3,021 pembunuhan berama-ramai terhadap keluarga warga Palestin di seluruh Semenanjung Gaza sejak serangan Israel bermula pada 7 Okt tahun lepas.

    Ia berkata sekurang-kurangnya 485 petugas perubatan, 66 petugas pertahanan awam, 140 wartawan dan 224 petugas bantuan kemanusiaan dalam kalangan warga Palestin menjadi mangsa.

    Lebih 7,000 warga Palestin masih hilang di bawah runtuhan rumah yang musnah di seluruh Palestin, menurut pejabat itu.

    Lebih daripada dua juta warga Palestin menderita akibat keadaan kesihatan dan kehidupan dalam suasana bencana, terutamanya mereka yang tinggal di pusat perlindungan, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Semenanjung Gaza bertukar kepada kawasan yang musnah dalam sekala besar akibat pengeboman Israel tanpa henti selama 200 hari.

    Menurut imej satelit oleh New York University, lebih daripada 56 peratus bangunan di Gaza sama ada musnah atau rosak selain daripada kemudahan prasarana.

    Angka rasmi Palestin menganggarkan 60 peratus daripada kediaman di seluruh Gaza dan lebih 80 peratus kemudahan komersial rosak.

    Pejabat Media Kerajaan itu berkata tentera Israel menembak hampir 75,000 tan bahan letupan di seluruh Semenanjung Gaza yang meninggalkan skala kemusnahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Ia berkata 86,000 unit kediaman musnah sepenuhnya dan 309,000 lagi rosak sebahagiannya tetapi tidak boleh dihuni.

    ALSO READ:  PM sampaikan Perutusan Negara, 9 malam ini

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts