Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsrael serbu kediaman Imam Masjid Al-Aqsa

    Israel serbu kediaman Imam Masjid Al-Aqsa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Agensi Anadolu melaporkan bahawa ejen perisikan Israel telah menyerbu kediaman Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmaqdis Timur dan menyampaikan notis larangan perjalanan ke atas pendakwah itu, menurut peguamnya pada Isnin. Khaled Zabarka memberitahu bahawa “Sabri telah diserahkan perintah yang menghalangnya daripada melakukan perjalanan.” Beliau juga mengesahkan bahawa pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

    “Rumahnya diserbu pada Ahad dan ejen itu menyerahkan perintah roboh bangunan tempat beliau tinggal dan hari ini beliau dilarang melakukan perjalanan. Pencabulan terhadap pendakwah itu adalah percubaan untuk menutup mulutnya yang dengan lantang menyuarakan kebenaran,” kata peguam itu.

    Pendakwah berusia 84 tahun itu ditahan beberapa kali oleh Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan. Sabri merupakan pengkritik tegar pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

    Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci ketiga umat Islam. Israel menduduki Baitulmaqdis Timur yang menempatkan Al-Aqsa semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia mengilhakan seluruh bandar itu pada tahun 1980, langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts