Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIstiadat angkat sumpah MB Negeri Sembilan esok

    Istiadat angkat sumpah MB Negeri Sembilan esok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Majlis Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan pada pukul 3 petang esok di Istana Sri Menanti, Kuala Pilah, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

    Beliau bagaimanapun masih berteka-teki mengenai siapa yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar nanti.

    “Esok baru tahu siapa Menteri Besar,” katanya kepada pemberita di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seremban hari ini.

    Katanya beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap di Seremban pagi tadi bagi memaklumkan situasi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini semalam.

    Keputusan PRN negeri ini menyaksikan Kerajaan Perpaduan, gabungan PH dan Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 kerusi, iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN.

    Sementara itu Aminuddin berkata PH negeri ini masih sebulat suara mencadangkan beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar.

    “Pakatan Harapan (PH) masih sebulat suara mencadangkan saya sebagai Menteri Besar, saya rasa itu tak berubah,” katanya menambah keputusan muktamad ditetapkan kepimpinan pusat.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts