Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu 3R: Polis buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin

    Isu 3R: Polis buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah membuka siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dituduh mengeluarkan kenyataan yang melibatkan 3R (agama, bangsa dan raja) semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman baru-baru ini.

    Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menyatakan bahawa siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilakukan mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mencetuskan keadaan tidak harmoni.

    Beliau mengesahkan bahawa siasatan tersebut dilakukan berdasarkan laporan polis yang dibuat terhadap Muhyiddin di sebuah balai polis di Negeri Terengganu pada Jumaat lepas.

    Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu didakwa mengeluarkan “fatwa” yang mengatakan bahawa ahli Umno perlu meninggalkan parti tersebut dan mereka yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala hijrah seperti pada zaman Rasulullah SAW.

    Ayob Khan juga mengingatkan penyokong parti agar tidak menganjurkan sebarang perhimpunan atau perarakan selepas pilihan raya untuk mengelakkan gangguan kepada ketenteraman awam.

    — LAGI

    PRK-KEMAMAN (AYOB) 2 (AKHIR) CHUKAI

    “Polis akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam selepas pilihan raya nanti,” katanya.

    Beliau berkata sebanyak 280 anggota dan pegawai polis akan memantau situasi ketenteraman awam selepas pilihan raya sehingga keadaan menjadi aman dan harmoni.

    PRK Kemaman melibatkan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS

    Pilihan Raya Kecil diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts