Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan Malaysia bersedia untuk bertemu dengan pihak Amerika Syarikat (AS) untuk membincangkan kebimbangan mereka mengenai dakwaan aliran dana dari negara ini ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas.
Fahmi berkata perkara itu telah menarik perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan dibincangkan secara ringkas semasa mesyuarat kabinet hari ini.
Bagaimanapun, Fahmi berkata dia tidak boleh mendedahkan butiran lanjut berhubung perbincangan yang sedang berjalan itu.
Dia juga berkata mesyuarat itu tidak membincangkan bila atau jika pertemuan tersebut akan berlangsung.
âKami memang membincangkan secara prinsip, isu dasar,â tambahnya.
Pada 3 Mei, Reuters melaporkan pegawai Perbendaharaan AS akan berkunjung ke Malaysia di tengah-tengah dakwaan peningkatan dana yang mengalir ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas, melalui sistem kewangan Malaysia.
[Baca berita asal]
Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!