Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu jalan rosak, masalah air di Pahang diadukan terus ke PM

    Isu jalan rosak, masalah air di Pahang diadukan terus ke PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Masalah jalan rosak, terutamanya membabitkan jalan persekutuan, serta isu bekalan air masih berlaku di Pahang, kata Menteri besar Negeri itu, Wan Rosdy Wan Ismail.

    Perkara itu tambahnya sudah disuarakan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka di Putrajaya, semalam.

    Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang juga sudah mengemukakan permohonan kepada Putrajaya bagi mendapatkan peruntukan tambahan agar dua isu utama tersebut diselesaikan.

    Katanya dalam pertemuan dengan perdana Menteri itu, ia turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Zulkifli Yaakob; Pengarah Jabatan Kerja Raya Pahang, Hafizah Zakaria; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Bhd, Zaini Mohd Bokhari.

    “(Dan) saya telah memohon kepada kerajaan persekutuan untuk memberikan tambahan peruntukan supaya ia dapat diselesaikan,” katanya ketika ditemui media di Kuantan hari ini.

    Wan Rosdy turut memaklumkan perdana Menteri berjanji untuk memberi pertimbangan serius kepada permohonan dikemukakan mereka.

    Naib Presiden Umno itu menjelaskan, keutamaan kerajaan Pahang ketika ini adalah untuk mendapat peruntukan tambahan bagi menyelesaikan masalah jalan rosak susulan hujan lebat sejak Monsun Timur Laut melanda Negeri Nov lalu.

    “Kerajaan Negeri akan buat langkah susulan dengan pejabat perdana Menteri bagi mengetahui (status) permohonan yang dibuat,” katanya lagi.

    Untuk rekod, kerajaan Pahang memerlukan kira-kira RM400 juta bagi melakukan kerja baik pulih dan menyelenggara 3,000 kilometer jalan persekutuan di Negeri terbabit.

    Bagi menangani isu bekalan air pula, sehingga Dis lalu, hampir RM74 juta disalurkan kerajaan Negeri membabitkan pelaksanaan 17 projek bekalan air termasuk di Lipis, Bentong, Temerloh, Raub dan Kuantan.

    Secara keseluruhan sebanyak 217 projek membabitkan kos lebih RM2 bilion disenaraikan di bawah Projek Pembangunan Bekalan Air Negeri Pahang bagi tempoh 2021-2026.

    ALSO READ:  Maqis patahkan cubaan bawa masuk tikus salai di KLIA
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts