Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu kalendar persekolah antara tumpuan sidang hari ini

    Isu kalendar persekolah antara tumpuan sidang hari ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Perancangan kerajaan untuk mengembalikan semula kalendar persekolahan yang asal iaitu Jan hingga Dis, serta kawalan sukatan pelajaran antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Menurut aturan urusan mesyuarat melalui laman rasmi parlimen, persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) kepada Menteri pendidikan pada sesi soal jawab.

    Pada sesi sama, Hassan Saad (PN-Baling), turut meminta Menteri pendidikan menyatakan hasrat bagi membuat penelitian dan kawalan terhadap sukatan pelajaran yang mengganggu mata pelajaran akademik sehingga menjejaskan peranancangan guru untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Sementara itu, Henry Sum Agong (GPS-Lawas) pula bertanyakan kepada Menteri dalam Negeri mengenai pengoperasian kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Ba’kelalan, Lawas di Sarawak dan Krayan, Indonesia.

    Soalan kepada Menteri kewangan tentang kaedah yang digunakan kerajaan dalam memperkenalkan skim subsidi bersasar agar semua subsidi tidak diselewengkan ke negara jiran, dikemukakan oleh Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan).

    Selepas soal jawab, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2024.

    Turut disenarai dalam aturan mesyuarat itu ialah pembentangan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024.

    Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac ini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts