Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu kasino: Anwar, jangan ugut rakyat macam era Marcos, kata LFL

    Isu kasino: Anwar, jangan ugut rakyat macam era Marcos, kata LFL

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah Lawyers of Liberty Zaid Malek membidas Anwar Ibrahim berhubung ugutannya kepada orang ramai, dengan menyatakan bahawa ini melangkaui skop kuasa perdana Menteri.

    Zaid melabelkan tindakan Anwar itu sebagai menyalahi undang-undang dan tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan menegaskan bahawa bukan bidang tugas Anwar untuk memutuskan jika ada sesiapa melakukan sebarang jenayah.

    Zaid Malek, LFL

    Dia menuntut Anwar menarik balik ugutannya, dan menyamakan bahawa tindakan sedemikian mengingatkan tentang rejim kuku besi seperti bekas presiden Filipina Ferdinand Marcos.

    “Perdana Menteri tidak ada urusan untuk mengambil alih perananan itu.

    “Hanya dalam rejim ala Marcos ketua eksekutif mengancam rakyat dengan pemenjaraan kerana membuat komen,” katanya.

    Semalam, Anwar mendakwa mereka yang menyebarkan fitnah mengenai pembukaan kasino di Forest City di Johor, sebagai “penjahat” dan wajar dihukum.

    Pada 30 April lalu, ahli jawatankuasa penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegu Bard diheret ke mahkamah atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan berkaitan projek itu.

    Mengulas lanjut, Zaid berkata di bawah perlembagaan demokrasi negara, Anwar tidak mempunyai kuasa untuk menakut-nakutkan orang ramai dengan kemungkinan hukuman penjara kerana terlibat dalam wacana awam mengenai perkara yang berkepentingan awam.

    Tanpa mengambil kira ketepatan komen atau dakwaan, Zaid berkata, ugutan menggunakan pendakwaan jenayah untuk menyekat perdebatan awam adalah tidak wajar. Sebaliknya, dia mencadangkan Anwar untuk menangkis dakwaan palsu atau tohmahan meneruskan tindakan sivil terhadap kenyataan berunsur fitnah.

    Zaid turut menyelar peralihan dalam pendekatan Anwar, dan gabungannya yang pada suatu ketika dahulu sangat bergantung kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan – kebebasan bersuara – semasa mereka dalam pembangkang tetapi kini melihat hak itu sebagai satu ketidakselesaan.

    Dia juga mempertikaikan fokus Anwar yang menjadikan orang ramai yang mengulas mengenai projek kasino itu sebagai sasasaran daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg atau agensi berita lain berhubung cara untuk menarik balik cerita itu.

    ALSO READ:  Roundup: G7 leaders call for Middle East de-escalation, highlighting diplomatic solutions

    Dia juga mencabar dakwaan Anwar bahawa ancaman itu perlu untuk melindungi Raja-raja Melayu.

    “Anwar tidak boleh berselindung di sebalik institusi diraja untuk menutup kritikan awam atau komen terhadap dirinya sendiri,” tegurnya.

    Malah, kata, Zaid, dia mendapati ada corak tingkah laku yang Anwar menggunakan institusi diraja sebagai alasan untuk melasanakan undang-undang yang menindas, seperti Akta Hasutan.

    “Cara pintu belakang yang mewajarkan penafian kebebasan bersuara dan penggunaan undang-undang yang menindas mesti dihentikan.”

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts