Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu kasino: Anwar pertahan tindakan terhadap Bloomberg

    Isu kasino: Anwar pertahan tindakan terhadap Bloomberg

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan mengambil tindakan terhadap organisasi media perniagaan, Bloomberg berhubung laporannya berkenaan ada rundingan dengan beberapa taikun untuk membuka sebuah kasino di Forest City di Johor.

    Menurut Anwar, dia telah mengambil “pendirian tegas” terhadap laporan itu kerana Bloomberg tidak merujuk pihak kerajaan untuk membuat semakan fakta berhubung dakwaan sumbernya.

    Selain itu, ia turut mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dan isu tersebut telah dimainkan pembangkang.

    “Sebab itu saya ambil (pendirian), tetapi tiada sesiapa ditangkap atau media diharamkan.

    “Ia hanya proses bertanya soalan, dan saya fikir kita melangkah ke hadapan (daripada isu itu),” katanya dalam sebuah forum ekonomi di Doha, Qatar.

    Dia berkata demikian ketika menjawab soalan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara Bloomberg, Haslinda Amin berhubung perkara itu.

    Bloomberg juga menjadi penganjur forum itu.

    Anwar berkata lagi, tiada keperluan untuk Malaysia mengeluarkan lesen kasino yang kedua dan kerajaan tiada rancangan untuk berbuat demikian.

    Sebaliknya, katanya lagi, tumpuan Malaysia terhadap transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI) memadai untuk memacu pertumbuhan negara di masa akan datang.

    Terdahulu, Bloomberg memetik sumber sebagai mendakwa, Anwar telah bertemu pengasas Berjaya Corp Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting untuk membincangkan tentang membuka sebuah kasino di Forest City.

    Laporan itu juga mendakwa wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut hadir dalam pertemuan itu. Sultan Ibrahim adalah pemegang saham dalam projek Forest City.

    Laporan itu serta-merta dinafikan Anwar dan polis turut menyoal siasat sekurang-kurangnya seorang wartawan Bloomberg susulan laporan polis yang dibuat Berjaya.

    Sementara itu, menjawab kritikan berkenaan pelaksanaan reformasi yang perlahan, Anwar berkata perubahan radikal hanya akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati.

    ALSO READ:  Transport strike cripples Peruvian cities as crime rates soar

    Katanya, sebab itu reformasi yang diperkenalkan oleh banyak negara di Eropah gagal.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts