Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu kepadatan murid di SK Cyberjaya sedang ditangani - KPM

    Isu kepadatan murid di SK Cyberjaya sedang ditangani – KPM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya sedang ditangani melalui beberapa langkah antaranya penyuraian murid ke beberapa sekolah berdekatan dan pembinaan SK Cyberjaya (2) yang dijangka siap pada 2028.

    Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini mengumumkan bahawa sebagai penyelesaian jangka panjang, SK Cyberjaya (2) yang termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Rolling Plan 3 (RP3) telah mendapat kelulusan dan kini dalam proses perolehan.

    “Sekolah baru ini akan dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan fasiliti lain mengikut konsep reka dan bina untuk mempercepatkan proses pembinaan. SK Cyberjaya (2) dijangka siap pembinaannya pada 2028,” menurut kenyataan itu.

    Selain itu, KPM juga mengumumkan penyuraian murid Tahun 1 ke beberapa sekolah berdekatan serta kelulusan pembinaan kabin 12 bilik darjah tambahan sebagai penyelesaian jangka pendek yang sedang dilaksanakan.

    Menurut kenyataan tersebut, KPM turut mempunyai peranancangan masa depan untuk mengatasi isu kepadatan murid di Cyberjaya.

    Rancangannya termasuk pembinaan sekolah menengah baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya (2) yang akan dipohon dalam RMK13 RP1 Tahun 2026, pada tahun ini.

    KPM juga mengumumkan bahawa perolehan tanah bagi pembinaan SK Cyberjaya (3) akan dipohon dalam RMK13 RP2 Tahun 2027, pada tahun 2025.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts