Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu kerusi Kapar antara punca Rashid tawar hati dengan Bersatu

    Isu kerusi Kapar antara punca Rashid tawar hati dengan Bersatu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Adun Selat Kelang, Abdul Rashid Asari, mengakui dia kecewa dengan cara Bersatu melayannya sehingga dia berasa seperti tidak dipedulikan lagi oleh parti berkenaan.

    Lebih memburukkan keadaan, bekas pengerusi Bersatu Selangor itu mendakwa perjanjian yang dicapai – secara bertulis – oleh tiga parti dalam PN dimungkiri.

    Menjelaskan dakwaan itu Abdul Rashid berkata menjelang PRU ke-15 pada 2022, Bersatu bersama PAS dan Gerakan bersetuju mengenai pembahagian kerusi di Selangor termasuk parlimen Kapar.

    Kerusi parlimen Kapar itu, kata Abdul Rashid, sudah dimuktamadkan diberi kepada Bersatu.

    “Bagaimanapun, semasa mesyuarat akhir penentuan agihan kerusi, kawasan parlimen Kapar telah diambil oleh PAS tanpa mengendahkan perjanjian yang telah dibuat sebelum itu disebabkan adanya percaturan politik yang tidak sepatutnya,” katanya pada sidang medianya di Shah Alam hari ini.

    Abdul Rashid yang pernah menjadi exco kanan PH ketika Bersatu bersama dalam gabungan itu menjadi wakil rakyat terbaru dari PN mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan perpaduan.

    Langkah peguam berusia awal 70-an itu dianggap mengejutkan kerana sebelum ini hanya ahli parlimen saja yang berpaling tadah daripada PN untuk menyokong kerajaan.

    Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata dalam mesyuarat tersebut, tiada siapa pun yang mempedulikan hujah-hujahnya bahkan mereka mengambil keputusan drastik tanpa memikirkan bahawa Bersatu sepatutnya diberikan peluang untuk bertanding di Parlimen Kapar.

    “Saya cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi parlimen Kapar daripada diserahkan kepada PAS kerana sudah pasti untuk PRU akan datang dan mungkin sampai bila-bila PAS akan menuntut kerusi tersebut.

    “Akhirnya nanti Bersatu akan kehilangan kerusi parlimen yang berharga dan selamat.

    “Saya juga cuba sedaya upaya cuba mempertahankan maruah ketua-ketua bahagian Bersatu yang layak dicalonkan tetapi tidak dipedulikan oleh kepimpinan tertinggi Bersatu,” katanya.

    ALSO READ:  Sailing-Wind lets Italy off hook against Britain in America's Cup challenger race

    Ada mahu lebih kuasa

    Ekoran penolakan itu, kata Abdul Rashid dia dihina dan dikeji kononnya gagal menamakan mereka sebagai calon sebelum akhirnya dipecat sebagai pengerusi Bersatu Selangor.

    “Saya mengambil keputusan drastik ini kerana saya merasakan diri saya tidak diperlukan lagi oleh Bersatu,” katanya.

    Kerusi Kapar asalnya dimenangi calon PKR-PH sejak 2008 dengan majoriti yang selesa.

    Bagaimanapun pada PRU lalu PAS meletakkan calonnya di situ bagi pihak PN, iaitu Dr Halimah Ali.

    Dr Halimah Ali

    Halimah kemudian merampas kerusi tersebut daripada penyandang, Abdullah Sani Abdul Hamid dengan perbezaan 11,782 undi.

    Tambah Abdul Rashid, tindakannya itu juga didorong oleh rasa kurang senang pihak tertentu sehingga mereka cuba menggerakkan usah amenyingkirkannya.

    “Ini isu dalaman parti, mungkin ada yang cuba mendapat kuasa lebih dalam parti jadi mereka bersekongkol untuk menolak saya,” katanya.

    Azmin Ali

    Untuk rekod ketika ini tempat Abdul Rashid sebagai ketua tertinggi Bersatu Selangor diisi bekas Menteri besar, Azmin Ali.

    Sebelum ini Abdul Rashid menyatakan rasa tidak senangnya dengan Bersatu apabila ia dipimpin oleh pihak tertentu yang “baru sehari dua” menyertai parti tersebut.

    Walaupun tidak menyebutkan nama, difahamkan Abdul Rashid merujuk kepada Azmin yang juga bekas timbalan presiden PKR. Dia menyertai Bersatu selepas jatuhnya kerajaan PH ekoran Langkah Sheraton pada 2020.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts