Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu logo kasut: 1,145 pasang kasut dirampas, polis kerjasama dengan Jakim -...

    Isu logo kasut: 1,145 pasang kasut dirampas, polis kerjasama dengan Jakim – IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain memaklumkan sejumlah 1,145 kasut jenama Vern’s telah dirampas, susulan dakwaan logo mirip kalimah Allah di tapaknya.

    Razarudin berkata rampasan dibuat di empat Negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur.

    Dia juga berkata Jabatan Siasatan Jenayah akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam siasatan, terutama bagi menentukan sama ada logo tersebut adalah khat atau hanya rekaan grafik kasut tumit tinggi.

    “Pihak polis telah merampas 1,145 pasang kasut namun tiada tangkapan dibuat.

    “Kita nak pastikan apa kesalahan pada signage (logo) itu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

    Terdahulu, dakwaan logo pada tapak kasut keluaran Vern’s Holdings Sdn Bhd menyerupai kalimah Allah mula dibangkitkan di media sosial pada 23 Mac lalu.

    Namun ia menjadi tular selepas satu lagi video membuat dakwaan serupa, semalam.

    Syarikat itu menjelaskan imej pada tapak kasut keluarannya telah disalah tafsir sehingga mencetuskan kontroversi.

    “Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan,” katanya.

    Pada masa sama, syarikat itu mengakui kekurangan pada logo tersebut sehingga boleh disalah tafsir, dan maka memohon maaf dan telah mengambil langkah segera menghentikan penjualan kasut dan logo berkenaan serta sedia memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut.

    Setakat semalam, polis telah menerima lapan laporan berhubung perkara itu.

    Berkenaan kerjasama dengan Jakim, Razarudin berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada jabatan itu berkenaan status logo tersebut.

    “JSJ akan berurusan dengan Jakim untuk melihat (sama ada) adakah itu (logo) mengikut model kasut tersebut atau itu adalah khat yang melambangkan tulisan (kalimah) Allah,” katanya.

    ALSO READ:  Hari Kebangsaan: Pengunjung disaran guna pengangkutan awam

    “Apa yang mustahak adalah laporan daripada Jakim sendiri,” katanya lagi.

    Dia juga berkata polis akan memanggil pengeluar kasut berkenaan untuk membantu siasatan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts