Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu masyarakat India: Tawarkan penyelesaian, bukan retorik

    Isu masyarakat India: Tawarkan penyelesaian, bukan retorik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Berang dipanggil penipu, bekas ahli parlimen Kelang, Charles Santiago, hari ini menyelar seorang pembantu Menteri besar Selangor dalam pertikaian mereka mengenai isu masyarakat India di Negeri itu.

    Kata Charles, masyarakat India Selangor memerlukan penyelesaian sebenar kepada isu yang dihadapai mereka, dan bukannya retorik kosong.

    Menurutnya memang mudah untuk seseorang mengaburi sesuatu isu dengan kata-kata yang samar, malah apa yang lebih senang ialah memberikan janji untuk meneliti isu yang dibangkitkan.

    “Masalah ini sudah berpuluh tahun. Apakah penyelesaian sebenar yang dicadangkan? Jangan muntahkan retorik, beri saya jawapan sebenar,” katanya di X sebagai membalas penjelasan diberikan pegawai terbabit semalam.

    Sebelumnya Charles mendakwa pelbagai isu yang dihadapi penduduk Kuala Kubu Bharu masih belum diselesaikan dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, pula dianggap tidak berminat untuk menanganinya.

    Charles yang menjadi ahli parlimen Kelang selama tiga penggal mendakwa sudah membuat permintaan kepada Amirudin secara terbuka namun ia seperti tidak diendahkan.

    Susulan itu Setiausaha Akhbar Amirudin, Jay Jay Denis mendakwa Charles memberi gambaran tidak tepat mengenai kedudukan berkenaan dan menjelaskan Menteri besar ada bertemu dengan lebih 100 pemimpin masyaraka India Hulu Selangor.

    Katanya pertemuan tersebut turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang mengulangi komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan, khususnya dalam kalangan masyarakat India.

    Amiruddin pula, kata Denis, berjanji untuk terus membantu masyarakat Indian dalam bidang pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan isu tempat ibadat.

    Meminta Denis berhati-hati dengan kata-kata yang dikeluarkan, Charles menambah, pegawai Amirudin itu perlu bersikap telus dan memperincikan apa yang dibincangkan dalam “mesyuarat tertutup” dihadiri Amirudin dan Saifuddin semalam.

    “Ini bukan plot dalam sebuah filem. Pertemuan rahsia? Betulkah? Mari kita berharap agar janji-janji yang dibuat tanpa akauntabiliti awam ini tidak dilupakan selepas Sabtu,” katanya.

    ALSO READ:  KJ: Jawapan Anwar isu LGBT 'baik' tapi tak menangi mana-mana pihak

    Charles juga mendesak kerajaan Negeri wajar menyusun pelan bagi mengurangkan rasa tidak puas hati penduduk India di Hulu Selangor ketika Amirudin didakwa terus mengadakan pertemuan dengan mereka secara berterusan.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts