Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu miskin tegar, kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah - Anwar

    Isu miskin tegar, kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah – Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menoktahkan kemiskinan tegar dan isu kewarganegaraan di Sabah adalah antara inti pati utama yang dibincangkan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di Kota Kinabalu hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Negeri itu, selain turut menyatakan cadangan untuk mendepani perkara berkenaan.

    Turut dibincangkan ialah kepentingan mengukuhkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi mengatasi isu kewarganegaraan di Sabah, terutama melibatkan penduduk yang masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, kata beliau.

    “Tentunya (mengatasi isu kewarganegaraan) mengikut syarat telah ditentukan negara kita. Saya terharu apabila nampak fokus itu ada (untuk mengatasi) masalah kemiskinan dan tidak ada kartu (dokumen) yang sah,” katanya kepada pemberita.

    Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan khas dengan MPN PKR Sabah di sini yang turut dihadiri Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek juga Menteri Pendidikan, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi, dan Pengerusi MPN PKR Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam.

    Turut hadir, 26 Ketua Cabang PKR Sabah antaranya Ketua Cabang PKR Kota Belud Datuk Mustapha Sakmud merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

    Anwar berkata MPN PKR Sabah turut memberikan pandangan berkenaan dengan isu kepimpinan majlis itu dan sebarang keputusan berkaitan isu terbabit akan dibuat setelah perbincangan bersama kepimpinan di peringkat pusat.

    “(Kita) berunding dengan ketua cabang (di Sabah) … mereka beri pandangan kepada saya untuk pertimbangan (dan) kita akan rujuk kepimpinan pusat. Kepimpinan pusat akan berunding dan buat keputusan,” kata beliau.

    ALSO READ:  PRN: BN guna strategi 'kekal dan rampas', kata Mat Hasan

    Ditanya tentang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, Anwar berkata perbincangan turut melibatkan persiapan menghadapi pilihan raya berkenaan di peringkat akar umbi dan ranting parti itu, namun tidak mengulas lanjut.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts