Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu murid pegang senjata mainan: KPM arah siasatan menyeluruh

    Isu murid pegang senjata mainan: KPM arah siasatan menyeluruh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung penampilan senjata mainan dalam satu program yang dipercayai berkaitan solidariti bersama Palestin di sebuah sekolah, yang tular di media sosial baru-baru ini.

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu berkenaan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan.

    Beliau berkata program Minggu Solidariti Palestin di sekolah adalah digalakkan kerana ia penting untuk pemahaman nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar, namun pihaknya tidak berkompromi dengan unsur-unsur radikalisme, ekstremis, atau keganasan.

    “Mesti ada laporan sebelum kita ambil apa-apa tindakan, dan ia (program) juga mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan, malah garis panduan (Minggu Solidariti Palestin) ini juga sangat jelas.

    Kita telah adakan satu libat urus bersama pihak-pihak yang berkaitan.

    ā€œApa yang boleh, dan tak boleh dilakukan dan sebagainyaā€¦.

    ā€œJadi kita minta semua pihak khususnya institusi pendidikan, untuk berikan perhatian penuh terhadap garis panduan yang telah kita keluarkan,” kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu kepada pemberita di Nibong Tebal hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Taman Angkat Amanita Taman Pekaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, di Nibong Tebal yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

    Terdahulu, tular di media sosial rakaman video satu program di sebuah sekolah yang dikatakan memaparkan unsur ekstremisme, dipercayai bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

    Bagaimanapun KPM mengesahkan program yang dipaparkan rakaman video itu dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts