Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu Najib: Umno tak puas hati tapi tiada tuntutan keluar k'jaan -...

    Isu Najib: Umno tak puas hati tapi tiada tuntutan keluar k’jaan – Asyraf

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki menafikan beberapa pemimpin akar umbi menuntut parti itu untuk keluar daripada kerajaan perpaduan berhubung isu pengampunan bekas presidennya Najib Razak.

    Walaupun mengakui ramai pemimpin dan ahli Umno tidak berpuas hati kerana Najib tidak mendapat pengampunan penuh, rasa tidak puas hati itu tidak sampai ke tahap menggulingkan kerajaan yang memerintah hari ini.

    Bercakap kepada pemberita petang ini, Asyraf berkata dia tidak menerima sebarang pesanan atau gesaan seumpama itu daripada pemimpin parti setakat ini, termasuk semasa taklimat tertutup dengan ketua bahagian Umno pada Ahad lalu.

    “Tiada satu pun (gesaan) saya terima secara bertulis ke, Whatsap ke, atau secara terbuka.

    “Saya yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, pertemuan dengan presiden.

    “Presiden bercakap, dan tidak ada seorangpun mempertikaikan atau menuntut kita keluar (kerajaan) ke?

    “Sebab pelik juga kenapa nak keluar kerana ini bukan kuasa mana-mana parti, ini kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts