Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu papan tanda: Pihak berkuasa bertindak atas laporan - timb Menteri

    Isu papan tanda: Pihak berkuasa bertindak atas laporan – timb Menteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan melalui majlis tempatan akan bertindak atas aduan orang ramai terhadap mana-mana papan iklan atau papan tanda yang didakwa tidak mematuhi undang-undang kecil mengenai penggunaan bahasa Melayu yang betul.

    Bercakap kepada Malaysiakini, timbalan menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata aduan boleh dibuat terus kepada majlis tempatan yang berkaitan, atau melalui kementerian.

    “Dalam kes seperti ini, perlu ada laporan dari segi lokasi di mana, supaya tindakan boleh dibuat. Sebab papan iklan dah ada di sana.

    “Sama ada pihak yang mengiklan tidak mematuhi aturan sedia ada, perlu disiasat,” kata ahli parlimen Johor Bahru itu.

    Akmal berkata garis panduan semasa di bawah undang-undang kecil majlis tempatan mengenai kelulusan iklan awam termasuk papan iklan, sepanduk dan papan tanda premis, telah berkuat kuasa sejak 2009.

    “Mengawal kandungan paparan papan iklan dengan menekankan penggunaan bahasa Malaysia.

    “Ada dua kelulusan: Struktur dan kandungan, dengan penekanan kepada penggunaan Bahasa Malaysia,” katanya.

    Elemen yang tertakluk kepada kelulusan termasuk visual dan teks. Teks di bawah kendalian Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memastikan ketepatan dan piawaian bahasa Melayu.

    Memetik perbincangan di media sosial mengenai pengabaian yang jelas terhadap penggunaan bahasa Melayu “betul” di papan iklan utama, Akmal menunjukkan dua kemungkinan.

    “Kebenaran diberikan, tetapi kita (kementerian) harus tanya adakah kebenaran mengikut garis panduan ditetapkan? Termasuk dalam penekanan penggunaan Bahasa Melayu.

    “Kedua, kemungkinan tiada kebenaran diberikan. Kedua-dua ini akan ada tindakan susulan berbeza,” katanya ketika ditemui di Parlimen minggu lepas.

    Akmal, bagaimanapun, enggan mengulas mengenai persepsi bahawa perniagaan yang lebih kecil tertakluk kepada kelulusan yang lebih ketat untuk papan tanda, tidak seperti cawangan rangkaian utama atau penyedia perkhidmatan.

    ALSO READ:  KOMENTAR | Di mana M'sia lepas Chandrayaan-3 mendarat di bulan?

    “Saya jawab berdasarkan fakta, bukan dari segi persepsi,” tegasnya.

    Selain bertindak atas aduan awam, Akmal berkata semua majlis tempatan mempunyai kuasa untuk memantau iklan atau papan tanda di kawasan di bawah bidang kuasa mereka, dengan lebih 80,000 tindakan penguatkuasaan diambil tahun lepas.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts