Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum tengah 2024 - Shabery

    Isu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum tengah 2024 – Shabery

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    FGV Holdings Bhd dijangka mengumumkan perincian berkaitan pegangan saham yang dipegang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam syarikat itu sebelum pertengahan tahun hadapan.

    Felda memegang 82 peratus kepentingan dalam FGV dan ia melebihi syarat ditetapkan Bursa Malaysia bagi pegangan awam minimum 25 peratus daripada jumlah saham.

    Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perbincangan bersama Bursa Malaysia Bhd sedang dijalankan dan keputusan berkenaan isu tersebut dijangka diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi.

    “Kita sedang mempertimbangkan sama ada menyahsenaraikan FGV daripada Papan Utama Bursa Malaysia ataupun mengurangkan pegangan kepentingan oleh Felda,” katanya kepada Bernama.

    Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program temu bual eksklusif “Hala Tuju Felda Pacu Ekonomi Negara” terbitan Bernama Radio hari ini.

    Bursa Malaysia telah memberikan lanjutan masa kepada FGV untuk mematuhi syarat pegangan saham awam selama enam bulan lagi dari 3 Sept, 2023 sehingga tamat tempoh lanjutan pada 2 Mac 2024 selepas mengambil mengambil kira semua keadaan syarikat tersebut.

    Sejak Februari 2021, pegangan saham awam syarikat perladangan itu berjumlah 13.09 peratus, kurang daripada pegangan awam minimum 25 peratus, justeru, melanggar peraturan penyenaraian bursa.

    Situasi tersebut berlaku selepas Felda Holdings melancarkan tawaran am mandatori untuk FGV pada 2020 dan berakhir dengan pemilikan lebih 75 peratus daripada pegangan syarikat itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts