Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu perumahan di lima ladang: K'jaan akan umum berita baik - Nga

    Isu perumahan di lima ladang: K’jaan akan umum berita baik – Nga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Masalah perumahan yang membelenggu 245 keluarga melibatkan lima ladang di Bestari Jaya (dahulunya Batang Berjuntai), Hulu Selangor sejak berdekad lepas bakal diselesaikan dalam masa terdekat.

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kerajaan akan mengumumkan berita baik berhubung pekerja ladang itu yang diusir tanpa rumah untuk didiami mereka, minggu hadapan.

    “Masalah itu telah wujud sejak 1998, sudah 26 tahun tidak selesai maka kini di bawah Kerajaan Malaysia MADANI atas jasa baik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya telah berbincang dengan Menteri Besar Selangor dan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

    “Minggu hadapan kita akan bawa satu berita baik berkenaan masalah perumahan yang telah berlarutan sekian lama melibatkan 245 keluarga,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Teluk Intan Bersama Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Teluk Intan semalam.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata lima ladang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) itu ialah Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tagar.

    Terdahulu, Nga mengumumkan peruntukan RM42.65 juta bagi sekolah, masjid dan surau serta pembangunan kawasan Teluk Intan termasuk RM35 juta bagi pembinaan jambatan dari Kampung Bahagia ke Bandar Teluk Intan yang akan bermula Julai ini.

    Beliau berkata sebanyak RM1.7 juta daripada peruntukan itu disalurkan untuk 45 sekolah kerajaan di daerah Hilir Perak, RM 2.5 juta kepada Kampung Bahagia yang dijadikan Kampung Angkat MADANI, RM2.5 juta bagi kerja pembaikan dan penyelenggaraan Jambatan Batak Rabit, serta RM72,000 lagi untuk 24 masjid di kawasan Parlimen Teluk Intan.

    ALSO READ:  Wanita ditahan bersama 532 gram heroin, 1,000 pil yaba

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi dan 7 Mei pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

    – Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts