Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu sijil dah selesai, fokus kempen PRK - calon PN

    Isu sijil dah selesai, fokus kempen PRK – calon PN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Calon PN Khairul Azhari Saut tidak mahu mengulas lanjut mengenai pertikaian kesahihan taraf pendidikannya selepas Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Advance mengesahkan lanjutan pengajiannya di institusi itu.

    “Saya menyedari ramai yang bercakap dan membicarakan berkenaan isu pendidikan saya lalui dalam pembelajaran saya di UMPSA.

    “Saya memberi respon kepada pihak media untuk tidak mahu ulas lanjut atas fokus saya untuk melalui tempoh kempen dengan penuh hikmah dan adil, dan menyantuni seberapa ramai pengundi yang bakal memilih pada 11 Mei 2024 kelak.

    “Namun, lanjutan ‘perbincangan’ mengenai latar belakang peribadi saya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas penjelasan Dr Ahmad Johari Mohammad (Pegawai Eksekutif UMPSA Advance) yang mengesahkan lanjutan pengajian saya yang sah, yang sepatutnya tak perlu ianya diperjelaskan,” katanya pada hantaran di media sosial.

    Sebelum ini, poster mengenai biodata Khairul 54, yang dikongsi mencetus tanda tanya terutama mengenai latar belakang pendidikan.

    Beberapa pihak termasuk pemimpin Umno kemudian menyoal kelayakan pendidikan calon PN itu yang memperoleh diploma eksekutif pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019 dan dua tahun kemudian mendapat ijazah sarjana eksekutif dari UMPSA.

    Pemegang diploma dilaporkan boleh melanjutkan pengajian terus ke peringkat sarjana eksekutif di UMPSA dengan memenuhi syarat-syarat kelayakan pengalaman kerja yang telah ditetapkan serta pemohon perlu melepasi pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (Rope) di iinstitusi pengajian itu.

    Terdahulu, Khairul berkata dia tidak akan goyah dengan serangan peribadi itu.

    “Saya tak buat salah. Saya hantar sijil itu bukan dari Sri lanka bukan Vietnam. Sijil yang saya serah itu dari Malaysia sendiri. Pihak yang mempertikaikan boleh menghubungi universiti itu untuk membuat pengesahan.

    ALSO READ:  Fahmi: Jangan seksis, Pang bukan proksi Nga

    “Saya tak menipu itulah pendirian saya. Sekarang ini mereka cuba uji saya dalam PRK ini ujian dan halangan ini macam.

    “Kalau saya melatah dia akan cakap, baru jadi calon dah goyah. Yang penting saya jujur saya ikhlas saya tak menipu perjuangan kita untuk mempastikan PN menang,” katanya pada majlis ceramah Taman Batu 30 Ulu Yam, Hulu Selangor.

    Khairul akan dicabar calon PH Pang Sock Tao dan dua calon lain, Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

    Kuala Kubu Bharu yang dikenali sebagai ‘kerusi campuran’ dengan pecahan pengundi Melayu (46 peratus), Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

    Seramai 40,226 pengundi layak mengundi pada PRK ini.

    Daripada jumlah itu, seramai 39,362 orang adalah pengundi biasa, 238 orang tentera dan pasangan, 625 orang polis dan seorang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu akan diadakan pada 11 Mei manakala tarikh undi awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts