Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu stoking: Di mana garis batasannya, soal Zaid

    Isu stoking: Di mana garis batasannya, soal Zaid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Menteri Zaid Ibrahim mengeluh tentang meningkatnya naratif perkauman dalam isu penjualan stoking dengan kalimah Allah.

    Dalam cuitan di Twitter, Zaid berkata mana-mana pihak tidak seharusnya menggunakan nama Tuhan untuk melanggar undang-undang, mencetuskan kebencian, dan merosakkan perniagaan.

    “Kemarahan anda perlu ada batasan. Pertama, anda minta peniaga Cina memohon maaf, dan mereka melakukannya.

    “Kemudian, anda tarik balik lesen kilang dan kini mereka tidak beroperasi lagi. Kemudian anda kata boikot akan diteruskan,” katanya, merujuk pendirian lantang Umno berkenaan kontroversi itu.

    Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh menjadi antara individu yang paling lantang dalam menggesa boikot ke atas KK Mart – di mana stoking itu ditemui – pendiriannya itu mendapat sokongan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

    Muhamad Akmal Saleh

    “Sampai tahap mana anda baru akan puas hati?” soal Zaid sambil menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam isu tersebut.

    “Mereka (kerajaan) perlu lulus ujian kemunasabahan. Katakan mereka gagal? Biarlah pihak yang lulus untuk mentadbir.”

    Kata Zaid lagi, sikap “rasis dan taksub” Umno tidak boleh dibiarkan menunjukkan wajahnya atas nama mempertahankan Tuhan dan agama.

    “Mujurlah, kita ada segelintir orang Melayu yang memberi harapan kepada saya bahawa bukan semua orang Melayu gila.

    “Namun suara-suara kecil ini tidak akan selamatkan negara ini. Kita diberitahu bahawa Anwar Ibrahim akan selama-lamanya mengubah landskap politik dan meletakkan negara di hala tuju yang betul. Saya harap begitu. Jika begitu, bila masa yang sesuai, dia perlu beritahu Umno bahawa ada garis batasan yang mereka tidak boleh langkau.

    “Saya serahkan kepada perdana Menteri untuk putuskan bila (untuk melakukannya)…Namun dia perlu berdepan dengan amuk Umno. Jika tidak, apa nilai Madani kepada rakyat di negara ini?” soalnya lagi.

    ALSO READ:  Allocations for schools based on needs and priorities, says Fadhlina
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts