Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu stoking: Stand down dan sudah-sudahlah, kata polis

    Isu stoking: Stand down dan sudah-sudahlah, kata polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak menyumbang apa-apa yang boleh membawa kepada peningkatan ketegangan di dalam negara.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata ketika ini keadaan agak panas dan isu stoking yang mengundang kemarahan sesetengah pihak boleh menjadi pemangkit kepada krisis yang lebih buruk.

    Menyatakan sokongan kepada cadangan diberi bekas Menteri, Khairy Jamaluddin, agar semua pihak “stand down” kerana pelbagai tindakan sudah dan sedang diambil pihak berkuasa.

    “Saya nak ambil peluang untuk menasihatkan semua pihak, stand down… sudah-sudahlah.

    “Saya bersetuju apa yang saudara Khairy kupas, pihak kami cukup bimbang ada perkara (yang asalnya) tidak libatkan isu perkauman tapi libatkan dua kaum berbeza, ia boleh dijadikan pemangkin kepada isu ini (perkauman).

    “Kami tak nak lihat insiden seperti Kampung Medan berulang, ia hanya memburukkan imej negara,”katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

    Semalam Khairy dalam siaran podcast Keluar Sekejap menggesa Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan umat Islam yang marah terhadap KK Mart agar menghentikan kecaman mereka terhadap syarikat itu.

    Dr Akmal Saleh

    Khairy berkata, kemarahan umat Islam berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah telah disuarakan dengan jelas dan tiada keperluan lagi untuk terus melanjutkannya.

    “Pertamanya, bagi orang Islam, kita kena berhenti sekejap. Are we going too far (Adakah kita telah melampau)?

    “Dan mungkin kita bagi nasihat kepada sahabat kita, Akmal. Anda telah nyatakan pendirian anda. Saya sebenarnya tak salahkan Akmal. Memang tugas dia sebagai ketua pemuda (Umno).

    “Tetapi sekarang masanya untuk berhenti. Kita serah kepada pengguna Islam di Malaysia sama ada mereka nak pergi KK Mart atau tidak,” katanya.

    ALSO READ:  Mahkamah tolak rayuan peguam diraja UK untuk wakili Najib

    Dimuat naik di luar

    Mohd Tegas Shuhaily berkata pada masa sama demi menjaga keamanan negara PDRM akan bertindak tegas atas apa juga isu berkaitan perkauman tanpa mengira ia melibatkan pihak kerajaan ataupun bukan.

    Mengulas lanjut dia berkata PDRM sentiasa meningkatkan pemantau bagi memastikan tiada pihak yang cuba memburukkan lagi keadaan.

    “Biarkan sistem keadilan kita berfungsi, biar ia melalui proses perundangan, itu tanda kematangan rakyat kita,” katanya lagi.

    Sementara itu, dalam isu berasingan, Mohd Shuhaily berkata PDRM tidak dapat mengeluarkan notis merah Interpol terhadap pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja, yang didakwa memainkan isu agama dan perkauman.

    Hal itu kerana, katanya, isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3 Interpol.

    “Justeru, PDRM mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada Nov 2020,” katanya.

    Mohd Shuhaily berkata, Ganesparan dikesan melakukan perbuatan tersebut di luar negara.

    Pada masa sama dia memberitahu sebanyak 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki terbabit sejak 2018.

    “Berkaitan video tular baru-baru ini, PDRM percaya ia dimuat naik dari luar negara.

    “Kami akan perkemaskan kertas siasatan sebelum hantar ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts