Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Isu stoking tak jadi macam ni kalau Firdaus Wong terus lapor polis’

    ‘Isu stoking tak jadi macam ni kalau Firdaus Wong terus lapor polis’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu jualan stoking bertulis kalimah Allah boleh diselesaikan dengan baik jika penceramah Firdaus Wong terus membuat laporan polis, kata Chiong Yoke Kong.

    Bagaimanapun, kata kata setiausaha politik Menteri perumahan dan kerajaan tempatan Nga Kor Ming, Firdaus sebaliknya menularkannya di media sosial.

    “Tetapi apanya beliau buat, beliau tularkan isu ini di sosial media, api-apikan keadaan, mencetuskan kemarahan rakan-rakan Muslim.

    “Kalau ini bukan hasut apa lagi?” soal bekas anggota Dewan Undangan Negeri DAP bagi kawasan Tanah Rata, Pahang itu.

    Firdaus sebelum ini berkata dia bukan orang pertama menjumpai stoking itu atau mengajak orang ramai memboikot KK Mart.

    Bagaiamanapun terdapat perselisihan antara mereka berdua apabila Chiong menulis komen di sebuah video ceramah Wong dengan menyifatkannya sebagai “kaki hasut” dan “sampah masyarakat”.

    Firdaus pula membalasnya dengan berkata ia cerminan akhlak Chiong.

    Pendakwah mualaf itu juga mengundang Chiong ke siri bual bicaranya untuk berbahas tajuk “Siapa sampah masyarakat”.

    Chiong bagaimanapun tidak berminat.

    “ Oleh itu katanya nak bicara nak bahas tidak payahlah.

    “Siapa yang makan cili siapa yang rasa pedas,” katanya.

    Memetik pepatah Cina bahawa seseorang itu akan dinilai dengan adil oleh masyarakat, Chiong mengingatkan bahawa semua pihak bertanggungjawab mengekalkan kedamaian rakyat.

    “…jangan sesekali menimbulkan pelbagai persepsi dan provokasi di media sosial sehingga mengakibatkan keadaan sosial, ekonomi dan politik tidak stabil,” katanya.

    Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen Firdaus.

    KK Mart telah memohon maaf dan menarik balik jualan stoking yang diimport dari China itu.

    Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes itu dan mencadangkan KK Mart dan syarikat pembekal, Xin Jiang Chang Sdn Bhd dihadapkan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah.

    ALSO READ:  Mangsa banjir di Kelantan meningkat

    Keputusan akan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts