Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu stoking: Tak mungkin Islam jadi hina dengan tindakan bodoh - Amanah

    Isu stoking: Tak mungkin Islam jadi hina dengan tindakan bodoh – Amanah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa tidak mungkin Islam menjadi hina dengan “tindakan bodoh” pihak yang mencetuskan isu stoking tertera kalimah Allah didapati dijual di kedai serbanika KK Mart, baru-baru ini.

    Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad berkata pihaknya mengikuti peristiwa stoking bertulis nama Allah dengan penuh keinsafan dan perasaan amat kecewa. 

    Ujarnya, dalam soal matlamat di sebalik tindakan ini, ada yang mengatakan bahawa matlamatnya adalah untuk menghina Islam. 

    “Tetapi usaha menghina Islam itu adalah sekadar kaedah untuk mencapai matlamat sebenar, ia itu berlakunya perbalahan antara kaum dan agama di negara tercinta kita ini. 

    “Tidak mungkin ia sekadar bertujuan menghina Islam kerana tidak mungkin Islam menjadi hina dengan tindakan sebodoh itu. 

    “Malahan kesannya pasti sebaliknya. Pelaku sebenarnya akan sudah pasti dimarahi dan kalau ada yang akan terhina ia adalah pelaku sendiri apabila dikenal pasti. 

    “Maka pandangan bahawa ia dilakukan sekadar untuk menghina Islam agak meleset dan tidak masuk akal,” jelasnya dalam kenyataan media, hari ini.

    Mengulas lanjut kontroversi susulan kejadian itu Khalid berkata boleh dirumuskan bahawa matlamat sebenar adalah untuk mengeruhkan lagi suasana politik negara dengan drama “Islam terancam dan tidak dihormati” serta hubungan antara kaum dan agama dijadikan semakin tegang dan meruncing.

    Keadaan sebegitu menurutnya, akan menguntungkan pihak tertentu kerana persepsi “Islam terancam” dan ketegangan kaum serta agama adalah suatu kelebihan pada mereka. 

    “Malangnya apa yang dilihat sedang berlaku sekarang adalah reaksi beremosi tanpa adanya satu usaha untuk menganalisa keadaan dan kemungkinan-kemungkinan di sebalik peristiwa ini. 

    “Ada golongan dan individu yang ingin menjadi ‘juara’ tanpa mengambil peduli sama ada tindakan dan hasutan mereka adalah adil atau sebaliknya. 

    ALSO READ:  Bekas presiden PSB dilantik naib presiden kanan PDP - Tiong

    “Semua berpaksikan emosi dan pendekatan gelojoh tanpa usul periksa. Ini hanya menguntungkan pelaku sebenar kerana matlamatnya adalah untuk menghasilkan ketegangan dan huru-hara,” katanya.

    Tambah bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu tindakan gelojoh dan berpandukan emosi tanpa usul periksa telah menyebabkan kemarahan dituju kepada pemilik rantaian kedai di mana dijumpai lima pasang stoking tersebut. 

    “Sedangkan dia peniaga dengan kedai-kedai di seluruh negara. Adakah tindakan sebegini akan melariskan perniagaannya? Adakah keadaan huru-hara akan menguntungkannya? 

    “Sudah pasti sebaliknya! Maka mengapa dia ingin melakukannya? Kerana dia ‘anti-Islam’? 

    “Bagaimana ingin dikatakan dia anti-Islam sedangkan sumbangannya banyak, termasuk kepada masjid dan surau dan NGO Islam. Gambar-gambarnya bersama Menteri besar kedah, yang kononnya antara ‘hero perjuangan Islam’ pun sudah luas tersebar,” ujar Khalid.

    Setiausaha akhbar kepada Menteri besar Muhamad Mat Yakim berkata Sanusi Md Nor memakai baju itu pada 17 September tahun lepas ketika kontroversi itu belum tercetus.

    “Masa itu tidak ada siapa pun tahu bahawa suatu hari nanti akan timbul isu KK Mart akan jual stoking yang bertulis nama Allah,” kata Muhamad di media sosialnya pada 18 Mac.

    Sementera itu, Khaled berkata, walau apa pun, sesuatu itu itu seharusnya diselidik terlebih dahulu sebelum ingin menghukum sesiapa. 

    Soal Khalid, dalam kes sebegini tidakkah mungkin stoking berkenaan diselitkan bersama stoking yang ditempahnya tanpa pengetahuannya (pemilik kedai)?

    “Sudah pasti ia satu kemungkinan. Kecuali dijumpai pesanannya (purchase order) kepada pembekal yang menyatakan diinginkan beberapa stoking dengan kalimah Allah di atasnya. 

    “Oleh itu biarlah disiasat dahulu sebelum menghukum. Kami ingin menasihati semua, khususnya umat Islam dan orang Melayu, supaya jangan mudah terpengaruh dengan apa yang kemungkinan besar adalah mainan jahat golongan yang berkepentingan atau berniat jahat. 

    ALSO READ:  KDN tandatangan 14 kontrak lebih RM2.1 bilion dengan syarikat tempatan

    “Matlamat untuk menghuru-harakan politik negara semakin terserlah dengan dua serangan bom petrol yang berlaku terhadap rantaian kedai yang terlibat. 

    “Dan tidak mustahil kehadiran agen Israel yang ditahan baru-baru ini adalah juga sebahagian dari perencanaan musuh Negara,” katanya.

    Tak sokong boikot

    Dalam perkembangan itu Khalid memaklumkan Amanah tidak bersama dengan seruan untuk memboikot rantaian kedai berkenaan.

    Sebaliknya pihaknya menyeru semua untuk tidak menghukum dan biarlah siasatan dan perbicaraan diselesaikan oleh pihak-pihak yang berwajib. 

    “Amanah akan sentiasa bertindak berpaksikan prinsip keadilan, tabayyun dan siasat terlebih dahulu dan tidak akan sebaliknya bertindak secara gelojoh tanpa usul periksa atau dipandu emosi semata-mata. 

    “Ini adalah kerana sifat politik Islam, yang merupakan asas dan panduan Amanah ialah politik bertakwa, iaitu politik yang berpaksikan prinsip keadilan,” jelasnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts