Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesIsu tandak air: Jakoa nafi Kg Orang Asli Selai dipinggir

    Isu tandak air: Jakoa nafi Kg Orang Asli Selai dipinggir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor menafikan laporan Malaysiakini semalam berhubung dakwaan Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan berkaitan pembaikan air tandak.

    Jakoa Johor berkata kampung itu telah menerima bekalan air pelbagai sumber (tube well) yang dibangunkan oleh Jakoa, malah jabatan itu juga sedang menaik taraf sistem bekalan elektrik di sistem rawatan air di kampung berkenaan.

    Menurut Jakoa Johor lagi, kontraktor penyelenggaraan juga telah melantik Tok Batin Ahcai untuk menyelia sistem berkenaan setiap hari dengan bayaran RM400 setiap bulan bagi memastikan sistem rawatan air beroperasi dengan baik.

    “Jakoa Johor ingin memperbetulkan salah tanggapan berhubung dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan.

    “Kampung tersebut telah menerima bekalan air pelbagai sumber yang dibangunkan oleh Jakoa dan bekalan air tandak sedia ada telah dibangunkan sendiri oleh penduduk kampung yang diketuai Tok Batin Ahcai, bertujuan untuk kegunaan mereka,” kata Jakoa pada satu kenyataan kepada Bernama.

    Semalam Malaysiakini melaporkan penduduk Kampung Orang Asli Selai terpaksa menggunakan kayu dan batu dalam usaha membaiki paip serta kolam takungan (tandak) air mereka.

    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Johor Achai @ Juti Kais berkata ini selepas penduduk kampung dilanda masalah bekalan air dan kekurangan air paip selama setahun.

    Achai yang juga Tok Batin (ketua kampung) di situ melahirkan rasa kecewa kerana walaupun telah menghubungi Ahli Parlimen Labis Pang Hok Liong, Adun Bekok Tan Chong serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di daerah itu, tiada tindakan diambil untuk menangani kesusahan orang kampung.

    “Saya menulis surat kepada mereka untuk minta peruntukan RM25,415 untuk kami beli paip baru dan simen tetapi Tan dan Jakoa berkata bahawa kos itu terlalu tinggi,” kata Achai.

    ALSO READ:  Pengasas Vern's beri keterangan pada Jakim isu logo kasut

    Bagaimanapun, Jakoa Johor hari ini berkata penduduk terbabit telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 daripada kontraktor penyelenggaraan sistem rawatan air bagi membaik pulih sistem tandak itu.

    “Jakoa sentiasa memastikan penduduk Kampung Orang Asli Selai tidak ketinggalan daripada menerima pembangunan seperti perkampungan Orang Asli Johor yang lain.

    “Kampung Orang Asli Selai mempunyai 64 ketua keluarga dengan jumlah penduduk seramai 226 orang.

    “Kampung itu dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik TNB, jalan premix serta bekalan air daripada pelbagai sumber,” menurut kenyataan itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts