Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Itu bukan surau, itu rumah saya' - pemilik lapor polis kenyataan pejabat...

    'Itu bukan surau, itu rumah saya' – pemilik lapor polis kenyataan pejabat tanah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemilik rumah yang dirobohkan di Kampung Sri Makmur mendakwa Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak ‘menipu orang ramai’ apabila mengatakan pengusiran dan perobohan penempatan setinggan baru-baru ini sentiasa mengikut prosedur serta tatacara kerja.

    Zani Ismail, 47 tidak bersetuju dengan kenyataan PDT Gombak sebelum ini bahawa “pelbagai barangan, naskah Al-Quran, ayat dan kalimah suci atau apa juga bahan yang mengandungi ayat suci Al-Quran telah dialihkan ke tempat yang selamat.”

    Zani mendakwa dia dan penduduk melihat beberapa warga asing membawa keluar beberapa al-Quran dari tapak surau yang dirobohkan itu ketika mereka mencari besi buruk.

    Ekoran itu, dia meminta pertolongan Adun Gombak Setia Hilman Idham pada 29 Mei lalu untuk menyewa jengkaut bagi mengalihkan timbunan batu dan dinding yang runtuh sebelum penduduk mengeluarkan kira-kira 20 buah kitab al-Quran yang tertimbus.

    Tapak surau yang diroboh.

    Zani turut menunjukkan gambar yang disertakan pada kenyataan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) pada 2 Jun lalu melalui hantaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Facebook itu tidak tepat.

    Perkongsiaan itu, katanya menyebabkan warga maya membuat spekulasi bahawa gambar operasi perobohan dan pengusiran dalam kenyataan itu sebagai surau sedangkan itu adalah rumahnya.

    “Itu bukan surau, itu tempat pengajian al-Quran dan rumah saya di bahagian belakang.

    “Al-Quran yang dibawa keluar (oleh penguatkuasa) itu pun milik saya,” kata Zani (gambar atas).

    Bagaimanapun, tidak jelas konteks gambar pada kenyataan PDT Gombak itu kerana petikannya sekadar menyebut “gambar-gambar yang diambil sepanjang tugasan kawalan keselamatan ketika operasi penguatkuasaan di Kampung Sri Makmur.”

    Sementara itu, Zani berkata penduduk tidak sempat mengalihkan al-Quran, sejadah serta buku-buku agama dari surau berkenaan kerana semuanya bertumpu pada rumah masing-masing pada hari perobohan.

    ALSO READ:  Melayu bakal 'hilang': Mahathir kian tertekan, kata Veteran Umno

    “Dia (penguatkuasa) kata nak robohkan surau dan dewan paling akhir (dirobohkan), tetapi hari pertama sudah dirobohkan,” katanya lagi.

    “(Penguatkuasa) roboh surau pada hari pertama (27 Mei) dan esoknya baru roboh rumah saya dan tempat mengaji.

    “Dalam kenyataan (PDT) itu, kita akui memang mereka (penguatkuasa) telah membawa keluar al-Quran tapi itu bukan (dari) surau,” tambahnya.

    Adun Hulu Kelang, Azmin Ali pada 30 Mei lalu mendakwa penduduk Kampung Sri Makmur telah diusir keluar oleh penguatkuasa dengan ‘kekerasan dan tidak berperi kemanusiaan’.

    “Puluhan kitab suci Al-Quran rosak dan musnah di bawah tembok dan bangunan surau yang ranap menyembah bumi,” dakwa pemimpin Bersatu itu pada hantaran di Facebook.

    Tuntut PDT mohon maaf

    Susulan itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor A Rahim Ahmad Kasdi meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti mengekploitasikan isu perobohan kampung tersebut.

    “Saya sangat kesal dengan sikap segelintir pemimpin politik. Mereka menyalahgunakan isu ini untuk merampas jawatan timbalan presiden dalam pengundian parti,” katanya seperti dilapor NST pada 2 Jun lalu.

    Zaini berkata dia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Prima Sri Gombak, Batu Caves, semalam.

    Katanya, tujuan laporan polis dibuat adalah untuk membetulkan fakta sebenar dan mengelakkan perkara itu dari dipolitikkan oleh pihak tertentu.

    Dalam laporan tersebut, dia menuntut agar PDT membuat permohonan maaf secara terbuka dan membetulkan kenyataan yang mendakwa pihak mereka telah membawa keluar naskah al-Quran, ayat dan kalimah suci dari surau kampung tersebut.

    “Kita bimbang ia akan mencetuskan kekeliruan di kalangan orang ramai atau dijadikan bahan bagi kepentingan pihak atau individu tidak bertanggungjawab,” katanya dalam laporan itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts