Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Itu gambar saya dengar ucapan Anwar, bukan PM Israel’

    ‘Itu gambar saya dengar ucapan Anwar, bukan PM Israel’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menyelar penyiaran dakwaan dia hadir mendengar ucapan Perdana Menteri Israel dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga) sebelum ini.

    Dia juga menafikan sekeras-kerasnya satu status media sosial yang mengaitkannya dengan spekulasi pemimpin Israel bahawa Israel mungkin menjadikan Malaysia sebagai destinasi pengecualian visa.

    Menulis di X, Saifuddin berakta tindakan berkenaan sebagai naratif jahat dan fitnah kepadanya dan kerajaan Malaysia.

    Menurut Saifuddin, kehadirannya pada UNGA di Amerika Syarikat (AS) September lalu semata-mata mendengar ucapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

    “Saya menganggap tujuan posting ini dinaikkan semula adalah bertujuan mencipta naratif jahat dan fitnah ke atas saya dan kerajaan Malaysia.

    “Kehadiran saya seperti dalam gambar ni adalah atas kapasiti saya sebagai salah satu delegasi dan mendengar ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di UNGA,” katanya.

    Dia juga meminta Israel “jangan perasaan”.

    “Israel, jangan perasan. Sewaktu ucapan di UNGA, perdana Menteri Malaysia jelas mengkritik sekeras-kerasnya tindakan Israel di hadapan semua!” tegasnya.

    Saifuddin berkata demikian mengulas ulang siar hantaran pengguna X Kopitiam Malaya yang memetik Israel bakal jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa.

    Pada September tahun lalu Anwar mengkritik tindak-tanduk Israel terhadap Palestin.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts