Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Izzah, Rafizi, Nik Nazmi perlu ambil langkah berani kuatkan semula PKR'

    ‘Izzah, Rafizi, Nik Nazmi perlu ambil langkah berani kuatkan semula PKR’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dengan Anwar Ibrahim kini mengetuai pentadbiran negara, pemimpin PKR Hassan Karim berkata pemimpin utama yang lain dalam parti itu perlu mengambil langkah berani ke arah menguatkan semula PKR.

    Hassan mencadangkan Nurul Izzah Anwar selaku naib presiden parti untuk mengetuai usaha merampas semula kerusi yang hilang dalam PRU sebelum ini, termasuk kerusinya sendiri iaitu Permatang Pauh.

    “Jika Nurul Izzah yang mempunyai watak kepimpinan yang karismatik seperti Benanzir Bhutto dan Megawati Sukarnoputeri berjaya dalam misi tersebut, tanpa syak lagi dia yang merupakan ‘prime minister material’ akan muncul kembali sebagai pemimpin masa depan PKR yang amat menjanjikan,” kata Hassan dalam kenyataan semalam.

    Melihat kembali keputusan PRU15, di mana kerusi Parlimen PKR berkurang daripada 49 kepada 31 kerusi, Hassan berkata timbalan presiden Rafizi Ramli dan naib presiden Nik Nazmi Nik Ahmad untuk kembali ke Negeri asal mereka, iaitu Terengganu dan Kelantan, dan bertanding di sana dalam PRU akan datang.

    Nurul Izzah Anwar

    Dia membangkitkan Allahyarham Salahuddin Ayub sebagai contoh, yang menang di Kubang Kerian di Kelantan pada PRU 2008 ketika menjadi ketua pemuda PAS namun kembali ke Negeri kelahirannya, Johor untuk bertanding di Pulai pada PRU 2013.

    Ketika itu, Salahuddin tewas di tangan penyandangnya, iaitu Pengerusi Umno Pulai Nur Jazlan Mohamed. Namun Salahuddin menang di situ pada PRU 2018 dan juga pada tahun lalu.

    Menurut Hassan, PH kemudian mempertahankan kerusi itu pada PRK pada September lalu – susulan kematian Salahuddin – menerusi Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kaiat.

    “Jadi moral ceritanya ialah Rafizi perlu berani mengambil cabaran dan risiko untuk kembali bertanding di Terengganu, Negeri asalnya.

    “Perlu ingat PKR pernah menang di Parlimen Kemaman pada PRU 1999,” kata Hassan yang merupakan ahli parlimen Pasir Gudang.

    ALSO READ:  Penting lantik wajah 'segar' ketuai Amanah Negeri, kata pemerhati

    “Nik Nazmi juga perlu berani menerima cabaran dan mengambil risiko untuk pulang ke Negeri asalnya, Kelantan untuk memimpin medan peranang pilihan raya di Negeri itu dengan kesedaran bahawa PKR menang tiga kerusi Parlimen di Kelantan pada 1999, iaitu Kota Bahru, Ketereh dan Tanah Merah,” katanya lagi.

    Dalam mengemukakan cadangannya itu, Hassan membangkitkan prestasi PKR yang merosot di seluruh negeripada PRU lalu, selain Johor dan Negeri Sembilan.

    Kemerosotan itu turut terjadi di Selangor yang merupakan “benteng kebal” PKR sejak 2008, katanya lagi.

    Hassan berkata tanpa strategi yang ampuh untuk menghadapi PRU16, PKR berisiko hilang separuh lagi kerusi Parlimen miliknya, termasuk di Tambun yang dipegang Anwar.

    “(Jika) presiden PKR (Anwar) hanya ada sekitar 15 kerusi Parlimen, ketika itu adakah parti-parti politik lain masih sudi untuk memilih Anwar menjadi perdana Menteri bagi penggal keduanya?” soalnya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts